PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Sunday, May 08, 2011

Ulamak PAS mengalami 'demam panas' dalam isu pengkristianan..!!!

Utusan Malaysia sejak akhir-akhir ini dikecam hebat oleh pendokong juak pembangkang terutama PKR dan PAS yang mana mereka melabelkan akhbar UM sengaja ingin menggugat keharmonian antara kaum di negara ini.

Saya melihat pembangkang yang terdiri daripada penganut beragama Islam tidak kira PAS mahupun PKR boleh dikatakan 'mengalami demas panas' ekoran pendedahan yang dibuat oleh UM dan bebebapa blog yang pro kepada kerajaan mengenai isu 'pengkristianan' yang dirumus dalam pertemuan tertutup paderi-paderi di Pulau Pinang beberapa hari yang lalu.

Cuba banyangkan sekiranya ada kebenaran wujud pakatan sulit untuk meletakkan kristian sebagai agama rasmi di negara ini. Apa tindakan yang akan dibuat oleh pimpinan ulamak PAs dan juga PKR yang beragama Islam untuk mentauhidkan agama Islam sebagai pegangan sepanjang zaman dan akidah yang dipegang selama ini.

Ini persoalan pokok yang perlu dijelaskan oleh ulamak-ulamak PAS yang selama ini bercakap soal Islam sebagai teras kepada perjuangan mereka. Sedangkan dalam masa yang sama mereka (ulamak PAS) terpaksa berhadapan dengan pakatan DAP yang majoritinya penganut kristian di negara ini.

Apakah PAS ketika itu akan akur dengan kehendak DAP yang ingin meletakaan kristian di tempat yang tertinggi di negara kita. Inilah yang menjadi ketakutan kepada ulamak-ulamak PAS sehingga terpaksa mencari idea terbaik bagaimana untuk 'counterback' DAP supaya tidak menimbulkan krisis terbaru hubungan kedua-dua pemimpin berkenaan samada ulamak PAS ataupun pimpinan DAP kristian.

Justeru, usaha terbaru mereka menggunakan media altenatif seperti laman-laman blog menyerang balas UM dan juga blogers pro kerajaan atas sebab sengaja mencetuskan sentimen kebencian kepada kerajaan. Tindakan ini dipercayai semata-mata untuk menutup kelemahan mereka yang tidak mampu untuk membantah sekiranya cadangan itu dicetuskan oleh rakan pakatan mereka DAP.

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox