PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Tuesday, May 17, 2011

Tolonglah berdebat dengan ayah saya, kata nurul kepada PM..!

Salam perjuangan........
Terbaru, Angkatan Muda KEADILAN Malaysia (AMK) telah mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengadakan debat khas dengan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perkara ini diutarakan melalui Naib Presiden AMK, Azmizam Zaman Huri yang mana menyifatkan DS Najib perlu menerima pelawaan itu sekiranya beliau ikhlas menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin dan demi kepentingan rakyat. Selanjutnya.......... >>DISINI<<

Tambahnya lagi, selama ini Anwar tidak pernah diberi peluang dan ruang untuk menyatakan pendiriannya berhubung isu-isu peribadi yang dikaitkan dengan dirinya. Selain itu, Anwar juga dikatakan berhasrat untuk menerima layanan yang sama sepertimana yang diperolehi oleh DS Najib sepertimana dijemput mengadakan temubual secara langsung dalam radio dan televisyen.

Gesaaan ini rupa-rupanya diluahkan oleh anak Anwar iaitu Nurul izzah yang juga Naib Presiden PKR untuk memberi peluang kepada ayahnya menceritakan perkara sebenar. Apa yang nak diceritakan lagi kerana rakyat sudah lihat dengan mata kepala sendiri siapa diri Anwar yang sebenarnya.

Memang diakui, pentas debat sememangnya amat disukai oleh Anwar malah seluruh dunia tahu tahu kewibawaan Anwar ketika berdebat. Namun, adakah Anwar dapat mencari jalan penyelesaian tentang skandal seks yang dihadapi ketika ini melalui pentas debat semata-mata?. Saya menjangkakan, bahawa ini salah satu lagi strategi untuk ‘memperbodohkan’ DS Najib di pentas debat yang mana akan ditonton oleh semua lapisan rakyat.


Setakat ini DS Najib tidak sebodoh apa yang difikirkan oleh Anwar untuk menyahut cabaran debat khas yang hanya untuk mempertahankan seorang pemimpin pembangkang mempunyai moral rendah . Saya dapat menjangkakan sekiranya DS Najib tidak memberi komen dan menjawab isu-isu bodoh yang dibahaskan semasa debat, sudah pasti menjadi senjata kepada pembangkang untuk menjatuhkan kredibiliti DS Najib sebagai Perdana Menteri. Inilah matlamat utama mereka mencabar DS Najib untuk mengadakan debat khas dengan Anwar Al Juburi.


Pada masa yang sama, Nurul izzah turut memohon Perdana Menteri mengarahkan pihak yang tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah, sebaliknya mengadakan debat sebagai medan mendedahkan kesalahan yang dilakukan Anwar, khususnya dalam pentadbiran negara ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri. Nasib baik, Tun DR Mahathir mempunyai ketajaman dalam pemikiran untuk ‘menyingkirkan’ Anwar daripada kerajaan ketika itu. Kalau tidak, mungkin Negara kita tidak sepertimana yang kita kecapi hingga sekarang.

Selain itu, Azmizan Zaman Huri juga tidak perlu menyalahkan UMNO berhubung video klip seks yang membabitkan Anwar Ibrahim kerana ianya disebarkan oleh bekas rakin karib Anwar iaitu Datuk Eskay. Kenapa UMNO pula yang dituduh melakukan politik lucah sedangkan ianya tidak melibatkan pimpinan tertinggi UMNO. Itulah PKR, jika mereka membuat fitnah dan tuduhan kepada UMNO dibenarkan tetapi jika berlaku sesuatu isu sensitif kepada Anwar, dengan pantas meletakkan kesalahan itu kepada UMNO. Memang hairan dan aneh pendirian politik pembangkang hari ini.

Bagi saya jika Anwar ingin membersihkan dirinya daripada tuduhan ini, pertama bersumpah dengan nama Allah dengan memegang ayat suci Al Quran, bahawa beliau tidak sesekali melakukan perkara terkutuk sepertimana yang dihebahkan. Pertama, tidak melakukan liwat ke atas Saiful Bukhari manakala kedua tidak melakukan hubungan seks dengan wanita Cina sepertimana yang dipaparkan di dalam video klip.

Jika Anwar melakukan perkara ini, saya percaya ramai yang akan memihak kepada Anwar tetapi selagi mana beliau berkeras enggan berbuat demikian, rakyat semakin hari menyampah dengan perjuangan PKR yang diketuai Anwar Ibrahim…………………

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox