Salam perjuangan........
Kenapa Zuraida Kamaruddin, Timbalan Pengerusi PKR Selangor perlu takut kepada kepada kenyataan Datuk Noh Omar mengenai isu pendaftaran pengundi dikalangan warganegara asing seperti yang didakwa Zuraida. Menurut, Datok Noh, kenyataan Zuraida itu tidak berasas dan hanya tuduhan melulu dengan niat sengaja untuk memperlekehkan UMNO Hulu Selangor.Selanjutnya klik <DISINI>
Jika benar dakwaan Zuraida bahawa UMNO Hulu Selangor dalam usaha mendaftar 2000 pengundi baru dikalangan warga asing, SPR perlu menyiasat terperinci mengenai perkara ini. Namun, jika dakwaan itu hanya kenyataan semata-mata, kenapa UMNO Hulu Selangor perlu takut untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atas Zuraida. Dakwaan ini amat keterlaluan kerana ianya membabitkan warga asing di Negara kita. Senarai nama-nama 2000 nama pendatang asing itu perlu dikemukakan oleh Zuraidah sebagai bahan bukti yang konkrit bagi mengesahkan dakwaannya.
Jangan hanya pandai bercakap bahawa ‘ kita akan menampilkan bukti terdapat penyelewengan mendaftar warga asing sebagai pengundi di Hulu Selangor’. Kenyataan ini tidak boleh diterima pakai kerana ianya hanyalah ‘pemanis mulut’ untuk mempengaruhi rakyat bahawasanya UMNO Hulu Selangor terlibat dalam penyelewengan pengundi baru.
Begitu juga dengan kenyataan lain Zuraida bahawa banyak lagi akan didedahkan tentang penyelewengan UMNO Hulu Selangor. Jika benar wujud, teruskan wahai Zuraidah kerana kita bersiap sedia dengan jawapan untuk ditaklimat kembali kepada rakyat. Hari demi hari, PKR dilihat semakin terdesak untuk mencipta isu baru bertujuan untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap PKR yang kini ibarat telur dihujung tanduk, menunggu masa untuk pecah ditelan rakyat.
Sudah jelas PKR kini semakin ‘bercelaru’ memikirkan strategi ampuh untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap parti itu yang kian tenggelam disebabkan tangan-tangan gatal pemimpin mereka terutama Ketua Umum. Justeru, tidak hairan jika mereka sengaja mencetuskan isu-isu yang lagsung tidak masuk akal untuk memperburukkan kerajaan demi kepentingan politik jumud terutama sekali di negeri-negeri yang ditadbir pembangkang.
Saya berharap kepada semua Wakil Rakyat BN bersedia dengan dakyah-dakyah drastik pembangkang bermula dari sekarang. Jangan terlalu alpa kerana sedikit-sebanyak apa yang dicanang oleh PKR, PAS dan DAP bermula sekarang akan mempengaruhi pemikiran rakyat yang berada di tengah-tengah. Bersedia untuk kerap turun padang di kawasan maing-masing bagi memastikan momentum sokongan rakyat terus subur dalam hati sanubari setiap pengundi….
No comments:
Post a Comment