PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Sunday, May 08, 2011

Rupanya wujud kumpulan pro dasar kerajaan dalam PAS..!

PAS bakal mengadakan Muktamar tahunannya yang dijadualkan pada Jun ini. Sebelum ini, Muktamar PAS dikejutkan dengan cadangan Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden PAS, Hj. Hadi Awang dan disokong kuat oleh Timbalannya, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, serta ramai golongan pro-ulama’ PAS.

Namun malangnya, agenda yang bakal menyatukan umat Islam yang sudah lama terpecah hanya disebabkan oleh ideologi politik yang berbeza itu telah dibantah keras oleh Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat, dan para Erdogan yang semakin menguasai parti itu. Malah, Nik Aziz turut menghalau Nasharuddin keluar dari PAS untuk menyertai UMNO.

Setelah itu, PAS dilihat semakin teruk di”keldai”kan oleh DAP dan PKR. Dasar dan perjuangan PAS telah di”tong sampah”kan dan ramai pemimpin PAS yang dipinggirkan dari memegang jawatan penting di negeri-negeri yang berjaya di tawan Pakatan Pembangkang.

Insiden ini amat mengecewakan kebanyakan akar umbi PAS dan tidak disenangi oleh golongan pro-ulama yang selama ini kuat memperjuangkan PAS untuk menjadi dominan atau sekurang-kurangnya diberikan peluang untuk menjalankan dasar dan perjuangan mereka selama ini.

Akibatnya, dilaporkan ramai penyokong dan pemimpin PAS yang sudah tawar hati pada gabungan PAS dengan DAP dan PKR. Ramai yang mempersoalkan, jika PAS boleh bersatu dengan DAP dan PKR, mengapa PAS tidak boleh bersatu bersama UMNO di bawah BN? Isu Kerajaan Perpaduan kembali menjadi topik perbualan hangat di kedai-kedai kopi “cap Bulan Purnama”.

Meskipun, pucuk pimpinan PAS baru-baru ini begitu keras menolak cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mempelawa parti itu untuk menjadi sebahagian dari komponen BN, hakikatnya, ramai akar umbi dan pemimpin PAS yang begitu berharap agar cadangan itu menjadi realiti.

Mereka sudah membayangkan Hadi, Nasharudin Mat Isa, Harun Din dan Salehuddin Ayub hadir ke mesyuarat kabinet bersama Najib, Muhyiddin dan menteri-menteri lain. Mereka sudah terbayang dasar dan perjuangan PAS diimplimentasikan di dalam dasar-dasar Kerajaan. Malah, otak mereka sudah terbayang perpaduan umat Islam yang sekian lama mereka rindui.

Dikhabarkan, penolakan pucuk pimpinan PAS itu hanyalah satu “lakonan”. “Lakonan” yang hanya bagi mengaburi mata Anwar yang sedang tertekan dengan krisis moral yang dipertikaikan. “Lakonan” PAS untuk “menarik rambut di dalam tepung”, itulah yang tersirat disebalik “penolakan” tersebut. Manakala UMNO sedang menanti saudara seagama sebangsanya dengan tangan terbuka.

MCA cuba membantah? Siapa MCA untuk membantah sedangkan parti Cina itu tewas teruk pada PRU-12 dan gagal menarik kembali sokongan bangsanya sendiri terhadap BN? Tidak malukah MCA untuk bersuara? Suara MCA hanya layak dikongsi Gerakan yang semakin teruk dibelasah DAP di Pulau Pinang.

Persoalannya, siapakah yang akan mengutarakan agenda “Kerajaan Perpaduan” pada Muktamar PAS pada Jun ini? Adakah perwakilan PAS yang berani memperjuangkan agenda perpaduan umat Islam dan mengenepikan soal politik? Apakah ada keberanian dihati pejuang PAS yang bisa meng”aula”kan Islam di atas dan meletakkan kepentingan politik PAS di kedudukan kedua?

Hakikatnya, PAS sudah “letih” untuk terus dibuli “kuffar harbi DAP” dan “golongan pengkhianat munafiq PKR”. Inilah saat terbaik PAS untuk membuat anjakan terbaik di sepanjang karier politik parti itu. Dijangkakan, PAS tidak akan menyertai BN dalam masa terdekat atau selepas selesai Muktamarnya.

Namun, ramai penyokong dan pemimpin PAS yang optimis bahawa PAS akan menyertai BN menjelang Parlimen dan Sidang DUN dibubarkan. Apapun, kita nantikan perpaduan umat Islam yang dinantikan ini, sama ada menjadi realiti atau umat Islam di Malaysia akan kekal terus berpecah hanya kerana ego politik yang tidak berpaksikan Islam itu sendiri.


Oleh: Laksmana Tun Tuah untuk Perak Today

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox