PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Wednesday, May 04, 2011

Rosak Akhlak Tak Jadi Masalah Janji Dapat Memerintah Malaysia, Kata Hj Hadi...!

“Kami hanya ingin memerintah Malaysia itu saja, bukan atas kepentingan individu dan bukan perjuangan hanya atas individu, kami hanya ingin memerintah Malaysia, Kami hanya ingin memerintah Malaysia”.

"Jika ada yang diantara kami yang terlibat dengan masalah moral, perkara itu hanya akan diselesaikan oleh pucuk pimpinan Pakatan Rakyat, dan bukannya untuk dihebahkan. Yang penting kami (PR) dapat memerintah Malaysia".

Inilah antara kenyataan yang dibuat oleh Hj Hadi ketika ditanya oleh wartawan berkenaan keenganan Anwar ingin menjalankan ujian poligraf bagi menentukan tahap pembohongan seseorang mengenai sesuatu perkara selepas mesyuarat kerja Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur hari ini.

Tanpa beliau (Hj Hadi) sedar bahawa kenyataan itu telah menjerat dirinya sendiri yang selama ini asyik meletakkan Islam sebagai asas pemerintahan. Malah, tidak kira buruk mana sekalipun perangai Anwar, yang penting Pakatan Rakyat dapat memerintah Malaysia. Kata Hj Hadi”.

Kenyataan ini boleh diertikan sebagai fatwa mengahalalkan cara yang dibawa oleh PAS untuk mempengaruhi pemikiran rakyat Malaysia. Bahkan, ianya akan dianggap fatwa sekiranya kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Hj Hadi mahupun Nik Aziz.

Memang sudah tersasar jauh perjuangan parti PAS yang dilihat semakin gila kuasa dan sanggup menggunakan agama demi kepentingan politik sempit mereka. Selain itu, cara politik serban, berkupiah, berjubah dan mengafal ayat suci Al Quran semakin menjadi-jadi dikalangan pimpinan PAS menyebabkan parti ini semakin kabur dan hilang kepercayaan untuk meletakkan agama Islam sebagai perlembangaan dalam pemerintahan.

Mereka (PAS) sebenarnya telah berjaya dibutakan mata hati oleh pemimpin penyangak PKR dan DAP hingga sanggup menggadaikan maruah agama Islam yang dijunjung selama ini.

Apapun, Allah lebih berkuasa dan mengetahui segala-galanya apa yang tersirat di dalam hati kecil pemimpin-pemimpin PAS yang masih berkeras mengatakan Anwar insan terbaik anugerah yang paling hebat di alaf ini khususnya dalam konteks politik di Malaysia.

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox