PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Monday, May 16, 2011

PAS semakin 'TERDESAK', solat hajat masih tidak dimakbulkan oleh Allah...!

Bekat ke solat hajat yang dilakukan oleh PAS?. Macamana hati setiap daripada mereka yang hadir solat hajat itu bermunajat dan bermujahadah kepada Allah? Jika waktu mendirikan solat itu, ahli dan pimpinan PAS berniat untuk Allah melaknat UMNO dan kerajaan yang kononnya dikatakan zalim. Adakah rakyat di Malaysia, 100% hidup dalam kedaifan dan kesusahan tanpa pembelaan oleh kerajaan setakat ini.

Sedarlah diri PAS, bahawa jika kamu berniat untuk melaknat kaum yang seagama dengan kamu ketika mendirikan solat hajat. Jawabnya itu adalah perbuatan yang sia-sia malah hajat itu akan kembali kena pada kalian semua.
Jika berniat supaya Allah membuka pintu hati dan menyeru kepada kebaikan serta diberi taufik dan hidayah untuk kembali ke pangkal jalan ianya digalakkan sama sekali bukan bertujuan untuk melaknat orang yang seagama dengan kamu wahai penyokong PAS.

Sekarang ini banyak dihebohkan oleh pendokong PAS bahawa Allah telah memberkati solat hajat yang dianjurkan oleh PAS sebab itu UMNO dan kerajaan terlalu takut. Hingga ada yang beriya-iya sangat untuk menghadapi pilihanraya umum -13 kononnya semua kerusi UMNO akan habis disapu oleh PAS dan PKR.

Ada yang mendakwa undi simpati ke atas Anwar al jubiri akan meningkat kali ini yang ada kaitan dengan kes video seks yang dikatakan mirip Anwar Ibrahim. Bagi aku, itu pendapat ahli PAS seumur hidup dan hardcore sahaja, dan jangan terlalu angkuh dan sombong untuk mendahului keputusan sebenar. Suara itu bukan mewakili 'majoriti' rakyat Malaysia yang dah tahu kelemahan Pakatan Rakyat mentadbir negeri terutama sekali PAS di Kelantan.

Takut nanti Permatang Pauh pun akan tergolek di ratah oleh rakyat yang dah sedar tentang kejahatan dan lakonan Anwar Ibrahim selama ini. Begitu juga di Kelantan, PAS jangan begitu selesa untuk menidakkan kebangkitan rakyat di negeri itu melalui kebangkitan 'Gelombang Merah' dengan pelbagai isu yang belum diselesaikan oleh Kerajaan Kelantan.

Trend sokongan pengundi muda khususnya di kawasan bandar aku lihat sudah menampakkan perubahan teutama sekali belia-belia yang dulunya bersemangat memperjuangkan parti PKR yang didokong Anwar Ibrahim.

Aku percaya PAS dan PKR sedar tentang hal ini tetapi ini semua dilihat sebagai strategi mereka untuk menampan kemas kebangkitan rakyat yang kini sudah jemu dan muak dengan pembohongan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Yang jeas PAS dan PKR dilihat hari ini SEMAKIN TERDESAK.

PERHIMPUNAN BANTAH ISU LADANG RAKYAT

KOTA BHARU, 16 Mei: Kira-kira 200 Pemuda Umno berhimpun di perkarangan pintu masuk Kota Darul Naim yang menempatkan pejabat Menteri Besar pagi ini bagi membantah projek Ladang Rakyat.Mereka memakai baju Umno dan lambang 1Malaysia membantah projek Ladang Rakyat anjuran kerajaan negeri yang kini menjadi sumber pendapatan lebih 4,300 rakyat miskin di negeri itu.



Dengan memakai kain lilitan kepala bertulis 'Gelombang Merah' mereka membuat bising di hadapan pintu masuk utama ke Kota Darulnaim yang juga menempatkan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Perhimpunan bermula jam 9 pagi apabila pemuda yang memakai baju berwarna merah berlogo Umno mulai tiba sedikit demi sedikit. Mereka turut membawa sepanduk bagi mengecam projek Ladang Rakyat.

Selepas Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian sampai pemuda dan segelintir penyokong veteran Umno yang berselerakan di kawasan taman di hadapan SUK beredar ke tempat jalan di mana sebuah pacuan empat roda digunakan sebagai tempat berucap.


Kawalan di kawasan itu agak ketat apabila ramai anggota polis yang berpakaian seragam termasuk FRU dan trafik berkawal. Pintu masuk ke SUK ditutup di mana orang yang datang berurusan tidak dibenarkan masuk.

Ucapan pemuda Umno dimulakan oleh bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Wan Khairul Wan Ihsan. Beliau mendakwa perhimpunan pemuda Umno itu sebagai tanda kebangkitan awal pemuda Umno Kelantan.

Seorang lagi pemuda Umno dengan megah memberitahu Umno berjaya membina jambatan Sultan Yahya Kedua biar pun lewat disiapkan berbanding projek Ladang Rakyat di bawah kerajaan negeri.

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox