PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Monday, May 16, 2011

Malaysia aman jika SUARAM ganti Polis...!

Suaram mengutuk keras dan kecewa terhadap tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menembak mati individu-individu tidak kira warga Malaysia ataupun warga asing yang kerap berlaku. Penyelaras Suaram, Yap Heng Lung (gambar) berkata, pihaknya memandang serius terhadap semua kes tembak mati yang dilakukan oleh polis selama ini.

Antara remaja yang telah ditembak mati oleh polis sejak tahun lepas termasuk Aminulrasyid Amzah (14 tahun), Mohd Shamil Hafiz Shapiei(15), Hairul Nizam Tuah (20), Mohd Hanafi Omar (22).

Pada 13 hari bulan Mei, sekali lagi terdapat seorang remaja yang bernama Johari Abu Bakar yang hanya berumur 17 tahun telah ditembak mati oleh polis di kawasan Dengkil, Selangor sekitar pukul 11 malam.

“Kami ingin menekankan bahawa menembak mati seseorang dengan sewenang-wenangnya tanpa memberikan peluang untuk membela diri dan dibicara bawah mahkamah adalah merupakan satu pencabulan hak asasi yang serius,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, Suaram inginkan maklum balas segera dari pihak polis apakah perlunya pihak polis menggunakan senjata terhadap seorang remaja yang berusia 17 tahun sehingga ditembak mati.

Tambahnya, Suaram sebagai organisasi Hak Asasi Manusia berpendapat penggunaan senjata dan tidak memberikan hak untuk Johari membela diri adalah salah dari segi undang-undang Hak Asasi dan ianya melanggari kebanyakan artikel dalam Konvensyen Antarabangsa Perlindungan Kanak-Kanak (CRC) terutamanya Artikel 16 (1)&(11) dan Artikel 37 yang memberi perlindungan terhadap kanak-kanak bawah undang undang dan terlindung dari sebarang hukuman yang tidak berperikemanusiaan ataupun penangkapan tanpa bicara.

Bagi aku, jom kalau boleh mintak kerajaan bagi peluang kepada SUARAM untuk menjalankan tugas polis sebab katanya polis di Malaysia hari ini suka sangat menembak orang tanpa diberi pembelaan.

Aku rasa polis tidak akan melepaskan tembakan sesuka hati melainkan wujud situasi yang boleh mengancam nyawa mereka ketika berhadapan dengan penjenayah. Atau dengan kata lain, penjenyah terlebih dahulu melepaskan tembakan dan bertindak sehingga boleh mangancam nyawa pihak polis.

Selain itu, aku melihat trend membela penjenayah semakin menjadi-jadi dikalangan peguam-peguam yang diwakili parti pembangkang di Malaysia. Tetapi, pihak polis cuma menerima kecaman dan kritikan pedas ketika menjalankan tugas mereka. Penjenayah dilihat lebih terbela untuk terus hidup di negara ini..........

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox