PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Tuesday, May 10, 2011

Pandi Kutty : Anwar kian gelabah tahap gila merancang ke luar negara..!

Kedengaran pula ada desas desus Anwar dikatakan akan lari ke luar negara selepas berjaya mencetuskan idea gila mewujudkan suasana huru hara di dalam negara?. Perancangan sulit yang didalangi AMK pencacai Anwar sudahpun di atur untuk menwujudkan suasana tidak tenteram dalam negara ekoran pendedahan tentang kelakuan sumbang Anwar kini berada pada tahap yang kritikal. Jika Anwar dikategorikan sebagai pesakit, semestinya dia perlu ‘dibedah’ bagi membuang ‘sindrom barah’ yang semakin parah yang kian mengalir dalam tubuhnya.

Adakah layak kita menobatkan seorang yang mempunyai moral rendah untuk menjadi pemimpin negara? Di mana letaknya budi bahasa dan nilai ketimuran yang sudah sinonim dengan masyarakat Melayu di negara ini apabila mengeluarkan kata-kata?

Pandi Kutty (anak babi) yang terkeluar dari mulut Anwar semata-mata untuk melepaskan geram terhadap Perdana Menteri langsung tidak masuk akal. Bagaimana sekiranya Perdana Menteri turut melemparkan perkataan yang sama kepada Anwar? Namun, kita yakin dan percaya bahawa mentaliti Perdana Menteri tidak seteruk apa yang dimiliki oleh Anwar untuk bertindak sedemikian rupa. Walaupun dikecam dengan kenyataan jijik sekalipun, Perdana Menteri masih tersenyum lebar dan tidak mudah gelabah seperti Anwar.

FAKTA

ANWAR DALAM CERAMAH DENGAN MASYARAKAT INDIA DI DEWAN HAMZAH, KLANG, SELANGOR SABTU LALU DIDAKWA MENGGUNAKAN PERKATAAN KESAT DALAM BAHASA TAMIL KE ATAS PERDANA MENTERI IAITU ‘PANDIKUTTY’ YANG BERMAKSUD ANAK BABI DALAM BAHASA MELAYU.

Saya sempat mengambil beberapa komen daripada bekas pahlawan-pahlawan Anwarika yang pernah berjuang bermati-matian mempertahankan Anwar satu ketika dulu yang dimuatkan dalam akhbar UM hari ini. Antaranya.....

1. ANUAR SHAARI (Bekas Setiausaha Sulit Anwarika)

“ Anwar sudah semakin panik kerana rakyat sudah bijak menilai peribadinya dan semakin menolak kepimpinan beliau yang jelas tidak mempunyai prinsip dan hala tuju, Justeru Anwar melancarkan pelbagai serangan yang boleh merendahkan keperibadian PM khususnya kepada penyokong tegarnya walaupun ianya bertentangan dengan agama serta tatasusila peradaban manusia”



2. EZAM MOHD NOOR ( Bekas Ketua AMK)

“ Mencadangkan kepada kerajaan agar mengambil tindakan tegas ke atas Anwarika kerana ketua pembangkang itu sengaja mewujudkan suasana tegang. Anwar kini semakin terdesak, beliau bukan saja akan akan cakap kotor malah akan ‘main kotor’. Kerajaan perlu segera tangkap Anwarika dan merampas pasportnya kerana saya dapat maklumat daripada sumber terdekat, beliau merancang untuk cabut lari selepas menimbulkan suasana huru hara dalam negara”.

3.HAMIDZUN KHAIRUDDIN (Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor)

“ Mengesyaki Anwar mengalami sindrom prahaid (PMS) kesan daripada kes liwat dan isu video seks yang sedang dihadapinya. Jadi, amat menyedihkan jikalau pihak pembangkang dalam sistem demokrasi negara masih berpaut kepada orang yang diserang PMS”.

4. IBRAHIM ALI ( Presiden PERKASA)

“ Anwar merupakan seorang pemimpin yang hilang martabat dan maruah diri jika benar beliau menggelar PM sebagai ‘anak babi’. Anwar kini dihantui dengan pelbagai masalah peribadi dan cuba menutup kelemahan diri dengan menyerang orang lain. Ternyata nilai Islam dan budaya Melayu dipijak sebegitu rupa. Jadi pemimpin begini tidak ada nilai satu sen pun”.

5. AZWANDDIN HAMZAH ( Yang Dipertua JMM)

“Anwar ternyata ketandusan isu apabila sanggup menyerang PM dengan gelaran itu. Anwar telah meletakkan dirinya sebagai pemimpin politik murahan dengan mamki hamun orang lain terutama kaum sendiri di hadapan kaum lain”.

6. ZAHID MAT ARIP ( Bekas Naib Ketua AMK )

“ Anwar boleh memanggil Najib sebagai ‘pandikutty’ tetapi hakikatnya rakyat tahu Perdana Menteri tiada sifat sebegitu. Yang ada sifat sebegitu adalah orang yang suka menuduh orang lain”.

7. YB ZULKIFLI NORDIN ( AP Kulim-Bandar Baru)
“ Kenyataan kesat itu jelas membuktikan betapa rendahnya nilai moral Anwarika. Orang yang sanggup mempolitikkan agama dan nama Tuhan sendiri akan sanngup melakukan apa saja untuk kepentingan dirinya”.

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox