PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Wednesday, May 18, 2011

Menarik..! 28 PAS kawasan tidak menghantar pencalonan? Ikuti luahan pemimpin PAS yang boikot.

Salam perjuangan........

Senarai nama yang telah dicalonkan dan layak untuk bertanding semasa pemilihan PAS awal Jun depan dah pun diumumkan sepertimana yang dilaporkan oleh Harakahdaily. Namun, yang menjadi kemusykilannya kenapa berlaku sepertimana yang dilaporkan dalam Harakahdaily di bawah:-

“PAS mempunyai 180 kawasan di seluruh negara dan 152 daripadanya menghantar pencalonan bagi jawatan utama namun enam borang ditolak menjadikan 146 pencalonan diterima”. - Harakah.

Memang pelik tapi benar kenapa agaknya 28 kawasan tidak menghantar pencalonan. Adakah kawasan ini tidak melakukan mesyuarat agung? Adakah pimpinan PAS di kawasan ini sudah jemu untuk bermesyuarat? Adakah kesemua 28 kawasan ini tidak sehaluan dengan Hj Hadi yang masih diberi laluan mudah untuk memegang legasi kepimpinan PAS Pusat?.

Nampaknya dalam keghairahan pemimpin dan penyokong PAS mengatur pelbagai strategi untuk memperkuatkan parti, masih wujud masalah seumpama ini. 28 kawasan yang tidak bermesyuarat bukanlah angka yang sedikit. PAS jangan menganggap bahawa parti itu kebal dan tidak pernah berlaku apa-apa keretakan khususnya diperingkat kepimpinan. Senario ini sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa masih wujud pertelagahan sesama pimpinan PAS.

IKUTI LUAHAN SALAH SEORANG PIMPINAN PAS BERHUBUNG
PERKARA INI SEPERTIMANA KENYATAAN DI BAWAH...:-

“Macamana boleh jadi ada 28 kawasan yang tak hantar pencalonan. Takkan depa tu tak mesyuarat kut? Orang semua dah sibuk cerita pasai nak tumbangkan pandi kutty dan ambil alih pentadbiran negara tapi masih ada lagi Kawasan PAS yang nak hantar borang pencalonan pun gagal.”

“Dari 152 yang hantar tu pun ada 6 pulak yang ditolak. Mushkil aku, benda yang penting macam tu pun depa buat halai-balai ka? Buat malu PAS ja.Patutnya kena dinamakan kawasan-kawasan yang berkenaan tu, biar ahli-ahli peringkat akar umbi boleh menilai. Biar lain kali depa yang pegang amanah jaga kawasan PAS tak buat dah benda yang memalukan PAS macam ni”.

“Nasib baik la tak dinamakan kawasan-kawasan tu, kalau tidak tentu masak punya la kena belasah. Jawatan nak tapi kerja halai-balai. Kalau kawasan yang baru ditubuhkan macam contoh yang kat Sarawak ka Sabah ka boleh terima la, tapi kalau kawasan kat belah semenanjung...”

“Lagi satu, apa salahnya kalau sebut terus jumlah pencalonan yang masing-masing dapat. Nak sorok buat apanya. Jumlah pencalonan tu adalah undi dari kawasan, kira macam hasrat akar umbi. Mana logiknya kalau nak kata takmau umum jumlah pencalonan tu pasai takmau nampak berkempen”.

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox