PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Wednesday, May 18, 2011

Kenapa yahoo bagi ruang pada Anwar dalam sessi 'live yahoo chat' besok?

Amat beruntung dan bertuahnya anwar kali ini dapat bersembang secara live melalui Yahoo Malaysia. Apa yang di idamkan Anwar akhirnya tercapai untuk menikmati apa yang dilakukan oleh Perdana Meteri sebelum ini yang dijemput khas oleh radio Hot FM untuk berinteraksi dengan rakyat Malaysia.

Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim merupakan rakyat Malaysia yang pertama dijemput sebagai panelis segmen interaktif Yahoo! Malaysia ‘Question Time. Segmen tersebut akan bermula pada hari Khamis 19hb Mei 2011 pada jam 11.30 pagi.

Dato’ Seri Anwar akan meluangkan masa hampir 1 jam bersama warga cyber menerusi platform “Cover It Live” di mana warga cyber dapat berkomunikasi dengan Dato’ Seri Anwar secara langsung. Editor Yahoo! Malaysia akan bertindak sebagai fasilitator.

Justeru itu, kepada semua rakyat Malaysia jangan sesekali lepaskan peluang ini untuk bertanya apa jua persoalan yang membabitkan Anwar Ibrahim termasuklah dalam isu video seks yang dihadapinya.

Saya dengar Datuk Eskay dan Umi Hafilda juga akan turut serta dalam program interaksi secara langsung bersama Anwar Ibrahim esok dan kepada semua, jom kita sama-sama menyaksikan senjata apa yang akan digunakan oleh Anwar untuk menidakkan kebenaran selama ini.

NAK TAHU LANJUT BERITA MENGENAI BAPAK TEMBERANG INI
DIBERI PELUANG OLEH YAHOO MALAYSIA KLIK....>>DISINI<<

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox