PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Saturday, May 28, 2011

Kemeriahan Himpunan Sejuta Belia..!

PUTRAJAYA - Himpunan Sejuta Belia sempena Hari Belia Negara 2011 bermula semalam dengan pelbagai acara menarik.

Sejak awal pagi lagi, ribuan belia membanjiri pelbagai lokasi di sini bagi menyertai kira-kira 220 aktiviti yang dianjurkan sepanjang program tiga hari itu.
Dengan penganjuran aktiviti khusus bagi belia, sasaran untuk mencipta sejarah dengan mengumpul sejuta anak muda di Putrajaya dijangka menjadi kenyataan.

Belia bukan sahaja berpeluang berhibur, tetapi juga meneroka pelbagai bidang serta menyerlahkan kebolehan masing-masing.

Aktiviti yang dianjurkan terbahagi kepada beberapa segmen utama iaitu Himpunan Sejuta Belia, Modal Insan, Y-Avenue, Malaysia Cergas, MAHA Youth dan Majlis Belia Malaysia (MBM).

Kesemua segmen itu membabitkan 80 acara berbentuk pertandingan (41.4 peratus), kerohanian dan keilmuan melibatkan 93 acara (48.2 peratus), persembahan dan pertunjukan pula adalah sebanyak 20 acara (10.4 peratus).

Antara aktiviti yang menjadi tumpuan ialah kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! di Kompleks Futsal 1Malaysia, Presint 18.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meluangkan masa meninjau pelbagai aktiviti yang diadakan di Putrajaya semalam.

Beliau turut hadir pada pelancaran Info On Wheel Crime Awareness Team (CAT) dan Y-Avenue iaitu program yang bertujuan menarik minat belia dalam membanteras jenayah.

Pelancaran program itu disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Sumber : Kosmo online

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox