PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Sunday, May 15, 2011

Husam Musa 'dilamun mimpi' untuk ke Putrajaya...!

Memang aneh dan pelik tapi benar apabila Husam menyarankan agar muslimat bersedia dengan pelan pentadbiran baru memerintah Malaysia di Putrajaya. Katanya, muslimat perlu bersedia ke arah itu bagi menentang kezaliman yang didakwa telah dilakukan terhadap PAS sejak bertahun lamanya.

Bunyinya memang gah, ayat yang biasa digunakan untuk mengertak walhal belum tentu sebab dalam suasana iklim politik di negara kita hari ini menyaksikan satu persatu pekung dan kospirasi penipuan sudah mula ditonjolkan oleh pembangkang.

Kemuncaknya dalam isu video seks yang dikaitkan dengan Anwar al penipu besar rakyat yang mana dilihat telah memberi kesan kepada trend sokongan kepada Pakatan Rakyat. Yang masih berdegil, hanya dikalangan penyokong gelap pekat erdogan PAS dan PKR sahaja.

Jika diamati terhadap perjuangan tiga parti utama Pakatan Rakyat hari ini samada PAS, PKR mahupun DAP agak berbeza teras perjuangan dan ideologi. Jika PAS, matlamat mereka hendak mewujudkan sistem pentadbiran Islam yang berasaskan Quran dan Sunnah. Tetapi, selama 20 tahun lebih memerintah Kelantan, adakah perlaksanaan Islam dijalankan sepenuhnya oleh PAS. Masih wujud tempat-tempat maksiat, kedai judi haram, dan juga kegiatan minum arak dikalangan remaja masih berleluasa di negeri itu.

LANGKAH MAYAT SAYA DULU KATA KARPAL SIGH KALAU NAK WUJUDKAN PEMERINTAHAN ISLAM....

Manakala PKR pula dilihat cenderung memperjuangan individu bernama Anwar yang masih dianggap bersih dari segi moral dan keperibadian. Soal negara berkebajikan yang dicetuskan oleh PKR hanya pada nama sahaja. Terbukti di Selangor, apabila isu terbaru berlaku di Kg Kerandang yang cuba dirobohkan oleh kerakusan kerajaan Negeri memberi isyarat jelas bahawa PKR bukanlah parti yang boleh diharapkan untuk memperjuangkan nasib orang-orang Nelayu.

Selanjutnya baca  DISINI

Sementara itu, DAP pula agak licik dan bijak menggunakan ruang perkelahian di antara parti-parti yang melibatkan orang Melayu seperti PAS, UMNO dan PKR untuk menangguk di air yang keruh. Parti yang berasaskan idealogi komunis ini merupakan watak utama perpecahan Melayu malah begitu angkuh dan sombong setelah dipertahankan oleh Melayu PAS dan PKR.

Contohnya dalam isu menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi dan Perdana Menteri tidak semestinya dari kalangan orang Melayu ditangkis hebat oleh mereka (JEFF OII) dengan mencipta seribu formula bermula daripada kecaman terhadap Big dog dan Utusan Malaysia sehingga membawa kepada laporan polis yang dibuat oleh seorang ahli DAP yang menagku turut hadir di majlis berkenaan.

Adakah benar laporan polis yang dibuat oleh Razali itu? Pihak polis perlu menyiasat secara total berkenaan isu ini kerana ianya melibatkan soal kepentingan negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan yang  tidak boleh digugat oleh sesiapapun.

Tambah menyedihkan apabila pemimpin PAS cuba memberi kenyakinan kepada rakyat bahawa Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut Islam agama rasmi tidak mungkin digugat selagi tidak mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen dan juga perkenan Yang Dipertuan Agong selaku ketua agama.

Itu memang betul, tetapi adakah PAS langsung tidak terfkir wujud kumpulan tertentu dalam pakatan DAP yang cuba menyentuh tentang kewibawaan agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini? Sebagai contoh dalam isu penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang begitu didesak oleh pakatan DAP dan konco-konconya.

Paling ketara dalam krisis peralihan kuasa pemerintahan di Negeri Perak apabila penyokong-penyokong tegar Nizar sanggup berbaring di jalanan mempertikaikan titah Istana ketika itu.
INILAH KATA-KATA KERAMAT YANG TAK MASUKAKAL HUSAM YANG BAKAL MENGGANTIKAN HJ HADI SELAKU PRESIDEN PAS
SATU HARI NANTI.............

Jika dahulu, komunis merupakan musuh utama negara kerana dianggap penetang secara bersenjata, namun hari ini kita jangan lupa bahawa walaupun mereka (kominis) sudah nyah dan menyerah diri, adakah PEMIKIRAN dan IDEOLOGI mereka juga terhapus. Barangkali, situasi ini sering kita lupa dan leka kerana ideologi mereka masih segar untuk memperjuangkan fahaman mereka.

AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa menyarankan muslimat PAS negeri menyediakan pelan sebagai persiapan untuk ke Putrajaya.

Katanya, pelan yang lebih berstrategi perlu diatur bagi menawan Putrajaya untuk menggantikan pentadbiran negara yang semakin zalim, khususnya terhadap kerajaan Kelantan yang tidak pernah adil sejak 21 tahun lalu.

Husam seterusnya menambah, kejahatan kerajaan BN yang menafikan hak Kelantan seperti pembinaan lebuh raya di negeri itu, geran dari kerajaan Pusat untuk AKSB, penafian hak royalti dan lain-lain lagi perlu diubah oleh muslimat.

“Pada masa yang sama kita juga menyeru muslimat Kelantan yang terbukti berani sentiasa bermunajat kepada Allah agar kerajaan Pusat menyerahkan royalti pada kerajaan negeri.

“Usaha itu perlu dilakukan berterusan dan jangan hanya bila rasa perlu sahaja kerana tuntutan kita tidak bertentangan dengan syariat dan undang-undang negara,” ujarnya ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS Kelantan ke-38 di sini.

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox