PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Saturday, May 14, 2011

Gelombang penipuan rakyat anjuran PAS Perak...!

Bersedia kita semua dengan 'gelombang perpecahan Melayu' yang akan dianjurkan oleh PAS Perak yang dipanggil Gelombang kebangkitan rakyat untuk memastikan orang-orang Melayu semakin berpecah belah di negeri ini. Himpunan ini juga dinamakan 'PAS Ganti UMNO' memang cukup gah kalau dengar pada namanya. Difahamkan seluruh warga PAS Perak dijemput hadir beramai-ramai ke program berkenaan.

Program besar-besaran itu akan diadakan selama dua hari pada 14 dan 15 Mei ini bagi zon utara Perak di Padang Rengas, manakala bagi Zon Selatan Perak pula diadakan pada 28 dan 29 Mei ini di Pasir Salak.

Hebahan ini telah dibuat diceramah-ceramah PAS dan juga pejabat penerangan PAS seluruh kawasan di negeri Perak, kata Misbahul Munir (gambar), Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Perak.


Saya diberitakan PAS telah pergi ke segenap ceruk kawasan untuk memastikan orang ramai hadir ke perhimpunan ini walaupun kita tahu yang hadir nanti adalah 'ahli dan penyokong PAS' sahaja tidak termasuk majorti rakyat di negeri ini yang sudah lali dengan parti seleweng rakyat (PAS).

Antara kenyataan yang boleh dikatakan terdesak untuk menarik kembali sokongan rakyat di negeri ini seperti berikut...

"PAS Perak akan terus berusaha dan merancang serta melaksanakan pelbagai program untuk menawan hati rakyat," ujarnya.

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox