PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Saturday, May 14, 2011

Contohilah PAS yang diakui 'bijak' mentadbir..!

Salam perjuangan...

PAS menegaskan jika kerajaan BN tidak mampu menjaga kebajikan rakyat apabila berusaha juga melaksanakan cukai GST, sila serahkan kuasa kepada Pakatan Rakyat yang terbukti dan teruji. "Jika Datuk Seri Najib dan rakan-rakan BN hanya hendak menyusahkan rakyat lebih baik berundur secara terhormat," kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Mengulas kenyataan Perdana Menteri yang mahu meneruskan cukai GST, Idris berkata, PAS tetap membantah GST yang akan diperkenalkan oleh kerajaan.

Tindakan ini, bagi beliau, melambangkan kerajaan BN, gagal memberi keselesaan kepada rakyat dan lari daripada tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan.

“Melayu untung apabila PAS bersama dengan PR, kerana taraf hidup rakyat berjaya ditingkatkan. Kebetulan rakyat miskin di negara ini majoriti rakyatnya ialah orang Melayu. Kelantan sewaktu tahun 1990, negeri ini nombor dua termiskin, sekarang berada di tangga keenam. Ini menunjukkan PAS akan berusaha untuk memastikan kualiti hidup rakyat lebih terbela. Ia berlainan daripada tindakan umno yang mengkhianat orang susah kebetulannya orang Melayu. Rakyat miskin akan menjadi simpanan tetap Umno setiap kali pilihanraya. Tidak hairanlah kepada kita bagaimana miskin memang dirancang supaya rakyat sentiasa di tahap miskin. Buktinya wang untuk Projek Perumahan Rakyat Termiskin sebanyak RM32 juta lesap. Dana untuk saham bumiputera sebanyak RM52 bilion telah lesap. Dana sebanyak ini membolehkan bumiputera memiliki ekuiti saham lebih 45 peratus.”

CUBA BACA ARTIKEL DI BAWAH BETUL KE PAS BIJAK MENTADBIR???

1. KEDAH

Ketua Pembangkang Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tindakan sita yang dikenakan terhadap Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) tentunya akan diletakkan kesalahan kepada pihak pengurusan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu oleh kerajaan negeri.

Katanya, kerajaan negeri tentunya akan menyalahkan kesalahan itu kepada PBT berkenaan terutama Datuk Bandar.

"Apa yang berlaku sungguh memalukan tetapi tentunya kesalahan itu akan diletakkan kepada Datuk Bandar PBT berkenaan," katanya di Belantek dekat sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai tindakan sita terhadap PBT itu berikutan kegagalan menjelaskan hutang kepada sebuah syarikat pembekalan elektrik sebanyak RM79,000 sejak 0awal 2009.

2. KELANTAN

Seramai 23 Ketua Isi Rumah (KIR) yang dikategorikan sebagai golongan berpendapatan rendah di Tumpat, menerima cek bantuan sewa rumah berjumlah RM1,488 setiap seorang pada Majlis Penyampaian Bantuan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) di sini.

Keseluruhan bantuan yang berjumlah RM34,224 itu disampaikan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar di pekarangan Pusat Khidmat Rakyat (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Melalui program itu, penerima memperoleh bantuan Kerajaan Persekutuan menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) bagi meringankan mereka membayar sewa rumah dalam tempoh setahun.

Seorang penerima, Azizah Abdul Rahman, 45, berkata, dia menyewa rumah di bandar Tumpat selama 19 tahun dengan kadar sewanya RM100 sebulan.

Menurutnya, perbelanjaan keluarganya hanya bergantung pada pendapatan pencen suaminya, Ismail Husin, 60, dan dengan keadaan suaminya yang terlantar sakit akibat serangan strok, hidup mereka dibelenggu kemiskinan.

“Untuk saya keluar bekerja, agak sukar kerana suami perlukan jagaan rapi, namun saya amat bersyukur kerana menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setiap bulan dan juga bantuan sewa rumah ini,” katanya.

Katanya, dia mengharapkan ada bantuan rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) memandangkan dia ada tanah.

Bagi seorang ibu tunggal, Zainun Khazanah Mahmood, 70, berkata, bantuan sewa rumah ini satu sumbangan yang amat bermakna baginya.

“Dengan keadaan saya yang uzur serta menjaga dua cucu serta tinggal di rumah sewa, ia adalah satu ujian besar yang terpaksa ditempuh,” katanya yang menyewa di Tumpat sejak 20 tahun lalu.

Hadir sama, Ketua Wanita UMNO Tumpat, Nik Noriza Nik Salleh, Penyelaras Parlimen Tumpat, Wan Hanafi Wan Yaakob dan Pegawai JPP Tumpat, Hafizah Zainuddin.

INI BARU DUA CONTOH DAN BANYAK LAGI
KALAU NAK BAGI TAKUT NANTI BERTAMBAH
MEROYAN PEMIMPIN PAS NAK BELIT SEMULA
KEPADA RAKYAT.....................

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox