Salam..
Kali ni AJ cuma nak ulas sikit berkaitan desakan banyak pihak supaya kerajaan mempercepatkan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim. Sudah menjadi kebiasaan 'siapa yang nak mengaku kalau terberak di tepi jalan'.
Begitu juga dengan AJ sendiri menyeru KEPADA KERAJAAN SUPAYA SEGERA MENUBUHKAN SURUHANJAYA DIRAJA untuk mengetahui kebenarannya yang kini banyak dipersoalkan oleh pihak pembangkang.
Apabila menyentuh berkaitan penubuhan Suruhanjaa Diraja ini, AJ dapat mengimbas kembali beberapa insiden ataupun isu yang membabitkan penubuhan Suruhajaya Diraja antaranya ialah :-
(1) ISU VIDEO KLIP PERBUALAN DATUK VK LINGGAM..masih ingat??
(2) ISU SKANDAL SEKS DATUK CHUA SOI LEK..masih ingat???
(3) ISU KEMATIAN TEOH BENG HOCK...masih ingat???
Ketika itu, puak-puak Pakatan Pembangkang sampai nak sewel otak mereka mendesak kerajaan supaya menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kerana mereka beranggapan pihak Polis tidak menjalankan tugas dengan amanah dalam siasatan dan mendakwa BERAT SEBELAH!.. Memang banggang betul sebab langsung tidak mengharagai kerja keras polis untuk menyiasat sesuatu kes.
Tidak cukup dengan itu, mereka menghasut para penyokong tegar dan fanatik untuk mengadakan demonstrasi supaya disegerakan penubuhan Suruhanjaya Diraja di mana ketika itu, muncul wira wira peguam belit seperti Karpal Singh menjadi tempat bergantung sekiranya ditahan oleh pihak Polis. Ekoran itu, menyalakla si Karpal Singh dengan memberi kenyataan bahawa penahanan ke atas penunjuk perasaan tidak mengikut peruntukan undang-undang dan terus MEMFAILKAN SAMAN. AJ pun hairan apa sebenarnya yang digunapakai oleh Karpal Singh sehingga KEBAL dan BESAR KEPALA kepada undang-undang di negara ini.
Justeru itu, AJ berpendapat isu video seks yang dikaitkan dengan Anwar kali ini boleh DIERTIKAN SAMA sepertimana desakan puak puak pembangkang dalam kes yang dinyatakan di atas kerana 'pembangang' tidak ada alasan untuk menyekat daripada penubuhan Suruhanjaya Diraja. Ini kerana apa yang berlaku hari ini sama seperti kes berkenaan KERANA RAKYAT INGIN TAHU KEBENARANNYA dan tidak mahu membuat spekulasi membuta tuli sehingga menjatuhkan reputasi dan maruah seseorang.
"JUSTERU ITU, AJ MENYERU KEPADA SEMUA BLOGGERS DAN RAKYAT YANG KELIRU DENGAN ISU VIDEO SEKS YANG DIKAITKAN DENGAN ANWAR IBRAHIM , BERSAMA-SAMA MENDESAK KERAJAAN SUPAYA MENUBUHKAN SEGERA SURUHANJAYA DIRAJA BEBAS UNTUK MENYIASAT DEMI KEPENTINGAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA TERCINTA"
@AJ@
No comments:
Post a Comment