PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Thursday, April 21, 2011

Tanda 'Keretakan Hubungan' PAS Dengan Parti PKR..!

Amat menarik kali ini apabila sesetengah penyokong 'hardcore' PAS secara realtitinya mempertikaikan kenapa barisan Pakatan Rakyat lain seperti PKR tidak harus bertanggungjawab di atas kekalahan PR di Sarawak.


Katanya, kenapa PAS saja yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Kenapa mereka tidak menuding jari kepada PKR yang hanya menang 3 kerusi daripada 49 kerusi yang dipertandingkan? Secara pukalnya, penyokong PAS itu beranggapan PKR juga harus bertanggungjawab di atas kekalahan PR di Sarawak.

Melainkan mereka (PKR) menang kesemua kerusi yang dipertandingkan barulah boleh meletakkan kekalahan itu disebabkan kelemahan jentera kempen parti PAS.

Tambahnya jangan hanya meletakkan kesalahan itu hanya di bahu 'Presiden PAS' yang mana dianggap hanya 'liabiliti' tetapi tidak membawa apa-apa kejayaan kepada perjuangan Pakatan Rakyat selama ini.

Persepsi ini sedikit sebanyak telah mengguris hati penyokong PAS khususnya jentera yang sentiasa berhempas pulas untuk memastikan kemebangan calon PAS di pilihanraya Sarawak baru-baru ini. Mereka (PKR dan DAP) katanya dilihat bersorak gembira di atas kemenangan tanpa mempedulikan perasaan penyokong-penyokong PAS yang masih setia kepada Hj Hadi Awang.

Baca lanjut DI SINI.

HAKIKATNYA MEREKA (PAS) SEDAR BAHAWA DAP DAN PKR HANYA MEMPERKUDAKAN PARTI PAS UNTUK KEPENTINGAN DIRI DAN SENGAJA TIDAK MAHU MENGAKU OLEH KERANA SIKAP 'KEBONGKAKAN' DAN 'KESOMBONGAN DIRI' YANG TERLALU TINGGI..

@AJ@

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox