PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Thursday, April 21, 2011

M.Kulasegaran ' Naik Berang' Dengan Kenyataan William Cheng..!

M Kulasegaran, AP (DAP) Ipoh Barat benggang dan naik berang terhadap kenyataan William Cheng-chairman of the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Chamber of Commerce bahawa cuti sambutan Hari Deepavali dan Wesak harus dibatalkan olek Kerajaan  Pusat dan menyifatkan kenyataan berkenaan sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diterima sama sekali.

M Kulasegaran

Menurut laporan media,William Cheng, telah mengeluh dengan cuti yang terlalu banyak kepada kaum India di negara ini dan mendesak kerajaan supaya membatalkan cuti berkenaan kerana beranggapan kaum India di negara ini dianggap golongan yang 'minoriti'. Malah turut menjejaskan kegiatan ekonomi seharian sekiranya terlalu banyak cuti diberikan.

AP DAP yang mewakili kaum India itu amat terkejut dengan kenyataan ituu dan membantah sekeras-kerasnya terhadap cadangan tersebut. Kulasegaran juga menyangkal dakwaan William yang menganggap kaum India di negara ini tergolong dalam kumpulan yang 'minoriti'.

William Cheng
Malah Kulasegaran juga menyatakan perayaan kedua-dua perayaan berkenaan disambut berjuta-juta kaum India di negara ini dan menyifatkan perayaan berkenaan banyak memberi manfaat kepada peniaga-peniaga untuk menyediakan keperluan bagi menyambut sambutan perayaan tersebut........@AJ@

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox