PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Thursday, April 28, 2011

Rasuah Lebih Parah Kalau Pakatan Rakat Memerintah...!

Kalau bertukar kerajaan sekalipun, saya fikir lagi bertambah gejala rasuah dikalangan kroni-kroni Pakatan Rakyat. Meraka akan memperkaya perut-perut kroni dikalangan kerajaan Pakatan Rakyat dan rakyat akan menerima kesan akibat kerakusan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.


Sebagai contoh di Kelantan, siapa yang terlibat dalam pemberian konsesi-konsesi balak kepada Cina dari luar termasuk dari Singapura? Hampir 100% pemilik kawasan balak yang berlesen di Kelantan dimiliki oleh  orang orang-orang PAS. Setelah mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Negeri ianya perlu di bawa ke Mesyuarat EXCO yang akan dipengerusikan oleh Nik Aziz.

Seterusnya dalam tempoh tertentu, kawasan tersebut akan diluluskan oleh Kerajaan Negeri dan seperti biasa pemohon perlu mendermakan sebahagiannya kepada Kerajaan Negeri untuk kerja-kerja parti.

Yang banggangnya, bila mereka dah dapat kelulusan kawasan balak itu akan dijual kepada tauke-tauke Cina kebanyakannya dari kawasan luar dan pemilik yang berlesen hanya mendapat keuntungan atas angin.

Inilah yang berlaku di Kelantan yang mana hari ini boleh dikatakan semua kawasan telah digondol oleh kroni-kroni dalam kerajaan negeri.

Sama juga di Kedah sekarang ini akan menerima nasib yang sama sepertimana Negeri Kelantan kerana sumber kekayaan negeri tidak akan diagihkan kepada rakyat secara keseluruhan. Yang penting, hasil itu akan dinikmati oleh kroni-kroni dalam Kerajaan Pakatan Rakyat.

Masalah rasuah tidak boleh ditangani secara total oleh kerajaan kerana ianya melibatkan jati diri seseorang itu samada penerima mahupun pemberi. Sekiranya kerajaan bertukar tangan, belum tentu dapat menyelesaikan masalah rasuah bahkan mungkin lebih teruk daripada kerajaan sediada sekarang ini.

Masih ingat lagi sewaktu pemerintahan PAS di Terengganu ketika dua penggal yang lepas. Ketika itu Kerajaan Negeri pimpinan Hj Hadi di bawah PAS telah memperkenalkan satu jawatankuasa kecil di peringkat bawah yang dikenali dengan nama Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR).

Mereka (JSR) ketika itu cukup hebat dan berkuasa adakalanya kuasa mereka lebih daripada Wakil Rakyat. Ketika itu juga banyak tanah-tanah kosong kerajaan diteroka untuk dibuat lot-lot tapak rumah kepada rakyat Terengganu. Yang peliknya, siapa yang dapat lot-lot berkenaan? Semuanya anak beranak orang-orang PAS.

Saya masih ingat ketika bersembang dengan rakan-rakan dari Terengganu yang mengatakan JSR lebih berkuasa daripada Wakil Rakyat sediada. Mereka melantik syarikat guaman sendiri untuk pemohon membuat bayaran pendahuluan dengan bayaran RM600.00 yang akhirnya merugikan rakyat Terengganu itu sendiri setelah kerajaan bertukar tangan.

Isu inilah antara punca Kerajaan PAS Terengganu tewas kepada BN pada tahun 2004 kerana rakyat Terengganu bijak berfikir tidak sepertimana rakyat Kelantan. Mereka menggunakan kuasa yang ada untuk mengundi BN pada tahun 2004 akibat perasaan kebencian terhadap JSR yang menyebabkan Hj Hadi tersungkur daripada jawatan Menteri Besar.

Macamana Nizar boleh kata perlu tukar kerajaan barulah masalah rasuah boleh diselesaikan..

Ini antara kenyataan terbaru yang dibuat oleh Nizar..

PAS berpendapat hanya dengan menukar parti pemerintah sahaja akan mampu menyelesaikan masalah rasuah dalam negara.Bercakap dalam wacana anjuran Sinar Harian bertajuk 'Rasuah Pemusnah Tamadun' di Shah Alam petang semalam, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) berkata, masalah rasuah dalam negara kita sukar diatasi kerana berpunca dari peringkat pemimpin atasan negara.

Ujarnya, ia berbeza dengan prinsip Pakatan Rakyat yang menolak amalan rasuah dan telah dibuktikan pada negeri-negeri diperintah mereka.

"Faktor terpenting kenapa terjadinya rasuah adalah kerana pemimpin itu sendiri melakukannya. Oleh itu perubahan mesti dibuat dari peringkat atasan.

"Dalam konteks Malaysia, satu-satunya cara memerangi rasuah adalah dengan menukar kerajaan sedia ada. Jika perkara ini tidak boleh dilakukan, jangan mimpi gejala rasuah ini boleh diselesaikan," katanya yang juga AJK PAS Pusat.

Selain Nizar, wacana tersebut turut menampilkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk seri Abu Kassim Mohamed, Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd Nor dan Pengasas ESQ Leadership Centre, Dr Ary Ginanjar Agustian.

Ini video yang dipetik dari : Perak today.

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox