PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Thursday, April 28, 2011

Kenapa Nurul Izah Melenting Tak Tentu Pasal..!

Setakat cakap kami tidak gentar dan tidak akan tunduk kepada desakan UMNO dan BN yang menjadi dalang untuk menghancurkan karier politik ayahnya nak buat apa Nurul. Kalau nak bagi rakyat Malaysia percaya bahawa si lelaki itu bukanlah ayahnya, Nurul dan Kak Jijah sepatutnya 'slow talk' dengan Anwar masuk ke masjid terus mengadakan solat Istikharah minta petunjuk siapa yang benar dan siapa yang salah.


Selepas itu, baca Quran dan dengan sepenuh hati kemudian junjung Quran itu dengan sedikit lafaz menafikannya untuk memohon kepada Allah agar ditunjukkan kebenaran. Adakah anda berani berbuat demikian wahai Nurul? Jika kamu berbuat demikian, saya percaya isu ini akan reda seketika sehingga mahkamah membuktikan siapa yang bersalah dan pelakon sebenar dalam video berkenaan.


Kalau setakat mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa, rakyat Malaysia makin bertambah jijik dengan corak Parti PKR yang dipimpin oleh Anwar kerana dipandu oleh nahkoda yang mempunyai masalah moral paling jijik.

Dalam pada itu, Nurul dan pimpinan PKR tidak perlu nak mengajak rakyat di negara ini seolah-olah nak 'berperang' dengan musuh politiknya untuk menegakkan benang yang basah. Kalau dah basah mesti tunggu hingga kering terlebih dahulu baru bertindak dalam erti kata lain rakyat negara ini secara rasmi mengetahui kedudukan sebenar isu video berkenaan.

Jangan terlalu sombong dan angkuh ketika berucap Nurul sebab sebab kiranya betul pelakon itu adalah Anwar, di mana maruah kamu sebagai anaknya tambahan pula anak sulung yang bergelar perempuan.

Jikalau mudah melatah dengan berita sensasi sebegini, rakyat yang berada di tengah-tengah tanpa fahaman ideologi politik mudah untuk membuat kesimpulan bahawa memang betul Anwar adalah pelakon dalam video berkenaan.

Maknanya, banyak beristighfar dan memohon kepada Allah agar diberikan petunjuk. Kalau betul bukan Anwar pasti Allah anak tunjukkan jalan yang sebenarnya tetapi kiranya pelakon itu adalah 'genuine' Anwar, alamat PKR akan terus berkubur tanpa dipedulikan oleh sesiapapun.

Renungan...

"Dusta terhadap manusia"

Dusta terhadap manusia ini juga boleh belaku dalam dua keadaan. Pertama; seseorang yang berpura-pura menzahirkan dirinya sebagai seorang yang beriman, beramal soleh dan melakukan kebaikan, sedangkan hakikatnya dia adalah kafir yang tidak bersikap sedemikian. Golongan inilah yang digelar sebagai munafik.

Allah s.w.t. menyifatkan golongan ini melalui firman-Nya: ((Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat, padahal mereka sebenarnya tidak beriman)).(Al-Baqarah:8)

Kedua, pendustaan terhadap manusia boleh berlaku apabila seseorang itu mengatakan sesuatu yang tidak benar atau menyebarkan sesuatu berita palsu di kalangan masyarakat.

Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Amru bin al-‘As, Rasulullah s.a.w. menerangkan tentang empat perkara jika terdapat pada seseorang, maka dia tergolong dalam golongan munafik (munafik amalan). Diantara empat sifat tersebut adalah apabila bercakap dia berbohong.

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox