PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Wednesday, April 13, 2011

Pengakuan RPK : Satu Lagi "Episod Seluar Dalam Anwar" Sudah Terbongkar..!!!

Heboh pula satu Malaysia mengenai pengakuan yang dibuat oleh RPK di dalam buletin TV3 jam 8mlm ini bahawa beliau diarah oleh Anwar untuk mensensasikan di dalam laman blognya Malaysia Today kes berkaitan dengan Al Tantunya Sharibu. Beliau mendakwa telah diasak oleh beberapa individu yang tidak mahu melihat DSN menjadi Perdana Menteri Malaysia yang mana ketika itu masih menjadi Timbalan Perdana Menteri.




RPK dalam akuan bersumpahnya bertarikh 18 Jun 2008 menjelaskan maklumat yang diberikan hanya bersandarkan daripada maklumat beberapa individu kononnya Datin Seri Rosmah Mansor ketika itu berada di tempat kejadian Al Tantunya di bunuh.



Sekiranya pihak berkuasa ingin mendapat cerita yang lebih lanjut boleh mendapatkan individu berkenaan kerana RPK mendakwa kesemua sudah dicatit dalam akuan bersumpah seperti yang dinyatakan.

Berikut adalah transkrip yang dinyatakan oleh RPK semasa sessi temubual eksklusif bersama TV3 di Perth Australia yang dimuatkan dalam buletin TV3 malam ini :-

Saya tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan kes Altantuya Sharibuu.

Itu pengakuan pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Kamarudin yang muncul buat pertama kali setelah sekian lama menghilangkan diri.

Raja Petra berkata, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil-alih sebagai Perdana Menteri.

Dalam satu temubual eksklusif bersama Ashraf Abdullah yang menjejaki beliau di Perth, Australia baru-baru ini, Raja Petra berkata, akuan bersumpah yang dibuat beliau pada 18 Jun 2008, hanyalah bersandarkan maklumat yang diperolehi daripada beberapa individu ini
Menurut Raja Petra, ramai orang termasuk polis, membuat tuduhan tanpa meneliti akuan bersumpahnya.
Dalam akuan bersumpah itu Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.

RAJA PETRA KAMARUDIN, PENGENDALI BLOG MALAYSIA TODAY "Di dalam sd saya tadi saya telah bercerita bahawasanya orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita. Dan pihak berkuasa perlu siasat dan panggillah orang ini. Itu yang saya tulis dalam sd. Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata saya tahu yang isteri timbalan perdana menteri semasa itu ada di tempat kejadian. Saya tidak cakap. Saya tidak buat satu tuduhan seperti berikut. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini lebih lanjut lagi dan untuk orang-orang ini kedepan. Dan saya sebut nama-nama orang ini. Saya sebut semasa siasatan polis."

Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat berkenaan, daripada beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka ialah Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan penulis blog Din Merican.

Menurut Raja Petra seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama.

"Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil kot. Takkanlah isteri Perdana Menteri nak pergi tempat itu kerana tempat itu kerana kawasan itu tempat hutan dan saya dok fikir dia nak panjat bukit, masuk hutan tengah tengah malam, pukul 12 malam, saya ingat mustahil kot."

Tambah Raja Petra, tujuan mereka ialah untuk memastikan Datuk Seri Najib tidak mengambil alih sebagai Perdana Menteri apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan.

Menurutnya dalam pertemuan dengan Nik Azmi, beliau bertanya kenapa beliau didesak untuk membuat akuan bersumpah itu.

"What do you hope to achieve? Dia kata Pak Lah akan letak jawatan, kalau kita tak block Najib, Najib akan menjadi Perdana Menteri, ganti Pak Lah"
Menurut Raja Petra, beliau kemudian meminta Din Merican untuk mendapatkan pengesahan Datuk Seri Anwar.

"Din Merican pun contact saya balik dia kata dia dah cakap dengan anwar dan anwar pun bagi green light. Dia kata ok, orang ini no problem, apa dia cakap kita boleh percaya. Anwar pun kenal baik dengan dia ini dan dia pun biasa jumpa anwarleftenan kolonel ini. Dan dia pun banyak bercerita kepada anwar tentang isu inidia kata proceed. Saya pun proceed."

Beliau berkata, kesemua individu ini berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau di dakwa di mahkamah.
Ikuti bahagian kedua temubual ini dalam Buletin Utama esok.
More on this story in The Star Thursday

"KEPADA RAKYAT MALAYSIA, BERSEDIALAH KAMU DENGAN JAWAPAN BALIK DARIPADA PEMBANGKANG BAHAWA PENGAKUAN YANG DIBUAT OLEH RPK INI HANYALAH SATU UGUTAN OLEH PIHAK TERTENTU ATAUPUN TELAH DIBELI OLEH PIHAK TERTENTU, AJ AKAN MEMBAYANGKAN  JAWAPAN INI AKAN KEDENGARAN DI MEDIA PEMBANGKANG YANG PALING DAJJAL DAN PENGKHIANAT DI ABAD INI "

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox