PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Wednesday, April 13, 2011

PAS Rela diperkuda DAP dan PKR Demi Matllamat Kuasa..!!!

PAS adalah sebuah parti yang semakin sesat dalam perjuangannya dan dihanyutkan oleh mimpi-mimpi jahat DAP dan PKR. Amat malang kerana parti ini boleh dikatakan majoriti dikuasai oleh orang-orang Melayu tetapi tetap setia berpihak dan mempertahankan PKR serta DAP walaupun didedahkan dengan bermacam-macam isu yang membabitkan moral pemimpin PKR dan DAP.


Bila diulas mengenai perkara ini, alasan mereka bertimbun seperti gunung yang tak sudah-sudah menyalahkan BN dan UMNO dalam segala hal, padahal apa yang diautakan oleh DAP dan PKR menjadi kebenaran kepada mereka.

Betul kata seorang rakan AJ, bahawa jiwa ketaksuban parti PAS memang tiada tolak bandingnya selagi mana mereka tidak berjaya merampas kuasa persekutuan daripada BN, malah sekiranya haprak DAP dan PKR melakukan maksiat dan penyelwengan di depan mata sekalipun, jawapanya adalah tidak dan dalam masa yang sama menuduh itu semua konspirasi jahat UMNO dan BN.


Itulah PAS yang mana perjuangannya jika dilihat secara rohaniah, tidak akan direstui daripada Yang Maha Kuasa kerana hati mereka di penuhi dendam kesumat yang terlalu pekat kepada UMNO.

Islam adalah agama yang syumul yang mengajar umatnya memberi nasihat secara dakwah dan berilmiaah bukannya mengikut hawa nafsu lempias oleh kerana tidak berjaya mencapai sesuatu hasrat.

Bagi PAS, UMNO sudah tidak boleh diterima pakai langsung di negara ini kerana banyak melakukan perkara yang menyusahkaan rakyat, UMNO juga dikaitkan dengan rasuah, salah guna kuasa, kronisme, penyelwengan dan bermacam-macam lagi. Manakala mereka meletakkan PAS sahaja yang berada di landasan betul mengikut syarak.


PAS begitu bermegah kerana berada di negara yang masih aman makmur namun jika diandaikan negara kita sepertimana di Singapura apakah mereka boleh melaksanakan apa yang mereka cita-citakan dan meletakkan Islam sebagai asas dalam pemerintahan. Adakah ketika itu, mereka akan mempertahankan secara total PAP yang terang lagi nyata anti kepada Islam.

Sudahlah PAS, rakyat di negara ini bukan sepertimana di Mesri, Libya dan lain-lain negara di Timur Tengah kerana mereka sudah lali dengan dakyah kolot parti PAS. Jika di Mesis, rakyat memberontak kerana jelas dan nyata kekayaan negara hanya dikecapi oleh pemerintah dan kroni-kroni sahaja berbeza sekali dengan negara kita yang mana rakyat banyak mengecapi nikmat keselesaan hidup hasil dari titik peluh pemimpin-pemimpin yang bijak.

Seperkara lagi, bila negara kita ini dapat menikmati keamanan yang berterusan, mereka pula sengaja membawa cerita dongeng dengan mengulas kadar jenayah yang berleluasa berlaku sehingga tidak dapat dibendung, walhal pihak keselamatan siang dan malam bekerja tidak diambil peduli oleh juak-juak PAS yang malaun ini.

Padahal ramai juga yang terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah, kecurian dan lain -lain kes jenayah melibatkan anak-anak penyokong PAS. Pokok pangkalnya apa yang silap berlaku dalam negara semuanya salah UMNO dan yang betul hanya parti PAS.

Justeru itu, fikir sedalam-dalamya kenapa Allah masih tidak memakbulkan doa mereka untuk melaknat dan membinasakan kerajaan BN yang dianggap mereka zalim sedangkan sudah berapa banyak solat hajat yang didirikan untuk memohon pertolongan daripada Allah.

Teringat sebuah hadis nabi yang bermaksud " doa bagi mereka yang telah dizalimi adalah begitu mustajab untuk dimakbulkan oleh Allah SWT "..

@AJ@

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox