PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Wednesday, April 13, 2011

PAS : Meludah Jatuh Ke Muka Sendiri..!

Kalau dulu PAS sering menggunakan istilah 'HANYA' untuk menghentam UMNO dan BN tetapi istilah berkenaan telah tekena batung hidung sendiri ibarat meludah ke langit termakan air liur sendiri. Hah padan muka dan rasakan wahai orang-orang PAS.

Azman Shapawi Abd Rani


Istilah 'Hanya' ini ketika dulu dan sekarang sering digunakan oleh pemimpin dan pendokong PAS serta Pakatan pembangkang kepada UMNO yang sentiasa menyelar, mengutuk parti itu kerana UMNO selalu memberitahu rakyat bahawa 'hanya' UMNO dan BN sajalah yang mampu mentadbir negara ini dengan baik berbanding dengan pembangkang.


AJ cuma nak kaitkan istilah ini telah terkena batang hidung mereka sendiri berikutan timbul desas desus jawatan Presiden PAS Pusat yang sekian lama di pegang oleh Hj Hadi akan dicabar kali ini. Ketika pemimpin BN mempertahankan pendirian bahawa 'hanya' UMNO dan BN saja yang mampu menjalankan pemerintahan secara adil di negara ini, PAS dengan bongkak dan sombong ketika itu menghentam bertubi-tubi menyangkal apa yang diperkatakan oleh UMNO

Justeru itu, perkara yang sama telah terjadi kepada PAS hari ini dalam isu mempertahankan Hj Hadi sebagai Presiden PAS atau dengan kata lain 'HANYA' Hj Hadi saja yang dapat membawa perubahan dan pembangunan dalam PAS.

Tidakkah terkena batang hidung sendiri wahai si pencacai PAS yang asyik dok berdendam dan meghentam kerajaan.

Inilah kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat :-

"Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Azman Shapawi Abd Rani berkata, pimpinan Hadi selaku presiden parti Islam itu telah berjaya menarik sokongan golongan muda terhadap parti itu.
Malah, jelas beliau, selain orang Melayu, golongan muda daripada kalangan masyarakat Cina dan India turut memberikan sokongan terhadap PAS.
“Dewan Pemuda PAS pusat mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS yang kini disifatkan berjaya menarik sokongan orang muda kepada parti.
“PAS kini semakin diminati ramai kerana hari ini orang muda telah memberi sokongan kepada PAS yang berada bersama dalam Pakatan Rakyat.
“Kita menjadi harapan besar kepada rakyat untuk membawa perubahan dalam pilihan raya umum akan datang, hari ini anak-anak muda bersama dengan PAS, masyarakat Cina berjinak dengan PAS, orang India minat kepada PAS dan harapan besar kepada rakyat keseluruhannya"


@AJ@

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox