Salam..
Di sebalik keghairahan pemimpin pakatan pembangkang mengajak rakyat Sarawak untuk membuat perubahan pada pilihanraya negeri itu kali ini kononnya demi maruah dan kepentingan diri, pemimpin pembangkang ini seolah-olah terlupa bahawa sebelum ini merekalah yang telah menghina rakyat Sarawak.
Pemimpin pakatan pembangkang mungkin terlupa atau buat-buat lupa bahawa mereka pernah menghamburkan kenyataan betapa rakyat Sarawak tidak pandai mengundi kerana mereka masih lagi pakai cawat. Inilah pembangkang, bila mereka terdesak memerlukan sesuatu, janji manis ditabur bersepah manakala bila apa yang mereka inginkan sudah berada dalam tangan, Rakyat Sarawak pula dikatakan kategori 'memakai cawat'.
Kali ini mereka datang lagi menagih undi dengan pelbagai janji kosong dengan harapan mampu memperdayakan rakyat Sarawak terutama pengundi untuk memberikan undi kepada mereka.
Kenyataan ini juga diulas oleh Ketua Penerangan UMNO, YB Datuk Ahmad Maslan yang mana ianya jelas satu penghinaan kerana rakyat Sarawak tidak menyokong mereka selama ini.
Pembangkang datang ke Sarawak bagi menagih undi dengan membawa sejuta janji manis yang kononnya untuk membawa perubahan. Wahai pembangkang..!!!!buatlah perubahan terlebih dahulu di negeri-negeri yang diperintah di semenanjung contohnya di Kelantan, Kedah dan Penang. Rakyat di ketiga-tiga negeri ini masih menagih pembaharuan dan ada diantara mereka lebih miskin daripada rakyat Sarawak.
Malah, pembangkang hari ini dan seterusnya hanya pandai menggunakan slogan, pendek kata bermacam-macam slogan yang adakalanya kita tidak tahu yang mana satu boleh diterima pakai yang akhirnya kesemua slogan itu langsung tidak boleh diguna pakai.
Inilah wajah sebenar politik pembankang yang hanya berjuang untuk rakyat sekadar pada laungan kosong semata-mata sedangkan yang benar-benar membela rakyat adalah kerajaan Barisan Nasional.
@AJ@
No comments:
Post a Comment