PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Saturday, April 30, 2011

Negeri Serambi Mekah Mula Terkena 'Tempias' Laknat..!!

Jenayah seksual membabitkan remaja di daerah Kota Bharu kian serius dan membimbangkan apabila tujuh kes rogol melibatkan sesama pelajar berusia antara 13 hingga 17 tahun dilaporkan dalam tempoh dua minggu lalu. Lebih mengejutkan, ada di antara mereka mengaku telah melakukan hubungan seks sebanyak sembilan kali. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, tiga daripada mangsa merupakan pelajar perempuan berusia antara 13 hingga 15 tahun dan empat lagi berumur 16 hingga 17 tahun, sementara kesemua suspek lelaki berusia 13 hingga 17 tahun telah ditahan.

Beliau berkata, sepanjang empat bulan pertama tahun ini, sebanyak 30 kes rogol dilaporkan (melibatkan semua peringkat usia) dan tujuh kes yang dicatatkan dalam dua minggu lalu adalah yang tertinggi berbanding sebelumnya.

“Berlaku peningkatan mendadak dalam dua minggu ini, bermula 12 April apabila terdapat tujuh kes rogol dilaporkan, dan yang kita bimbang ketujuh-tujuh melibatkan pelajar sekolah berusia 13 hingga 17 tahun. Apa sudah jadi dengan remaja-remaja sekolah ini?,”

Azham berkata, kesemua remaja terlibat melakukannya secara suka sama suka, namun ia tetap diklasifikasikan sebagai rogol kerana mereka masih di bawah umur.

Difahamkan, terdapat pasangan dari sekolah sama dan ada dari sekolah berlainan dengan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun hamil tujuh bulan semasa laporan dibuat.

Ada di antara mereka mengakui terpengaruh setelah menonton video seks daripada telefon bimbit kawan, Internet atau media.

(DIHARAP TOK GURU NIK AZIZ MENGELUARKAN FATWA MENGHARAMKAN PENGGUNAAN INTERNET DI NEGERI ITU KERANA WABAK INI AKAN BERLANJUTAN AKIBAT DARIPADA DOA-DOA MUSTAJAB MEMOHON PERTOLONGAN ALLAH SETIAP KALI MENGADAKAN SOLAT HAJAT PERDANA)

Menurut Azham, walaupun jumlah kes rogol yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lalu lebih tinggi iaitu 38 kes, namun rekod masih menunjukkan angka yang tinggi pada tahun ini.

“Remaja-remaja ini perlu mendapat pengetahuan agama dan moral secukupnya untuk menghindar mereka terjebak dengan pergaulan bebas dan melakukan hubungan seks.

‘‘Pihak polis hanya boleh menasihat dan memberikan tumpuan kepada sekolah-sekolah terutamanya sekolah yang bermasalah,’’ katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau berharap semua pihak memainkan peranan.

‘‘Ibu bapa perlu memberikan pendidikan sewajarnya. Guru-guru pula perlu menerapkan nilai murni kepada remaja-remaja ini dalam pengajaran di sekolah,”

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox