PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Sunday, April 24, 2011

Mat Syabu Memang Cari Nahas..!

Pemilihan kepimpinan PAS pada muktamar Jun nanti dijangka menjadi yang paling sengit apabila jawatan timbalan presiden, naib presiden dan jawatan-jawatan tertinggi dalam Dewan Pemuda menjadi rebutan.


Penyandang timbalan presiden, Nasharudin Mat Isa berdepan tekanan sejak pemilihan 2009 ekoran persaingan antara dua kumpulan yang digelar "Erdogan" dan kem "ulama."

Sekiranya berhasrat mempertahankan jawatan, Nasharudin bakal berdepan cabaran sengit seperti yang berlaku pada 2009.

Ramai juga yang mendesak Datuk Hj Hadi dan Nasharuddin Mat Isa perlu berundur kali ini kerana tidak berjaya membawa perubahan dalam parti disamping membawa kembali 'kepimpinan ulamak' yang satu ketika dulu menjadi asas dalam perjuangan PAS.

PAS meneruskan pemilihan parti pada tahun ini, tahun dijangka akan diadakan Pilihan Raya Umum ke-13, ketika parti-parti lain menangguhkan pemilihan kepimpinan parti untuk mengelakkan impak negatif dalam pilihan raya nanti.

Muktamar tahun ini diadakan dalam mood menuju pilihan raya umum, selepas pelbagai cabaran dan gugatan ekoran kemenangan besar pembangkang pada 2008 dan ketika tokoh pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan serangan politik yang semakin dahsyat, sehingga beliau dan Parti Keadilan Rakyat dilihat sesetengah pihak sebagai liabiliti.

Dalam pemilihan ini, tokoh popular parti, Mat Sabu nasi kerabu ialah antara yang dijangka mencabar Nasharudin, dan dijangka seorang lagi dari kem Erdogan akan menyertai persaingan.

Mat Syabu dan Datuk Husam Musa tewas dalam usaha mencabar Nahsarudin pada pemilihan sebelum ini.

Husam yang mewakili kem Erdogan pada masa itu dilihat paling berupaya menewaskan Nasharudin.

Pemilihan di Shah Alam, Selangor itu menjadi pemilihan yang sengit dan dipenuhi kempen agresif melibatkan media berita dan blog.

Husam menjadi tokoh favorite beberapa media di internet serta mempunyai penyokong yang ramai dalam kalangan penulis blog.

Persaingan ini dijangka berlaku sekiranya Tuan Ibrahim Tuan Man tetap dengan pendirian menolak untuk bertanding jawatan timbalan presiden yang mendapat sokongan kuat pihak yang mahu kedudukan nombor dua dipegang oleh agamawan.

Tuan Ibrahim dicadang merebut jawatan timbalan presiden untuk menggantikan Nasharudin yang dilihat sebagai tidak berjaya melaksanakan tugas dan menjadi semakin tidak popular.

Tokoh PAS dari Pahang itu dilihat sebagai berkelayakan untuk menjawat jawatan timbalan dalam kalangan naib presiden.

Isu yang mencetuskan pertembungan dalam PAS, kerajaan perpaduan yang disebut UG (unity government) turut dijangka menjadi isu yang akan dibawa untuk menjejaskan kem ulama, terutama Nasharudin.

Isu kerjasama dengan Pakatan Rakyat juga akan menjadi satu isu besar. Kem Erdogan sudah menimbulkan isu ini sejak awal sebagai satu tindakan preemtif untuk menegaskan lagi kerjasama dengan PR dan kepimpinan Anwar dalam gabungan itu.

Penentang kem ulama dan presiden parti, Datuk Hj Hadi, mentakrif kerajaan perpaduan sebagai usaha menjalin kerjasama dan bersama dalam satu pakatan dengan Umno, sekaligus meninggalkan kerjasama dalam PR.

Naib presiden turut bakal menyaksikan persaingan, dengan beberapa orang tokoh dijangka mampu untuk mencabar dua penyandang, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Mahfuz pernah dikritik secara terbuka melalui satu surat yang mendakwanya bermain "poligame," yakni politik gambar dan media sehingga tidak melaksanakan tugas sebagai ahli Parlimen sebaiknya.

Salahuddin pula dikrtitik sebagai terlalu bermain selamat dan bergantung pada kumpulan dominan dalam PAS Kelantan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Kerian yang biasanya diberikan kepada ketua pemuda.

Dalam sayap pemuda, sudah wujud pertimbangan untuk mencabar ketua pemuda, Nasruddin Hassan dan timbalannya, Azman Shapawi.

Calon juga bakal diletakkan untuk jawatan naib ketua.

Kepimpinan Nasruddin dikritik sebagai bergerak terlalu perlahan dan tidak dapat mendekati orang muda, sebahagiannya dikatakan berpunca daripada sifat dan perwatakan ulama kedua-dua pemimpin tertinggi pemuda itu.

Kalangan pencabarnya mendakwa Pemuda memerlukan pemimpin yang lebih selesa dengan pelbagai golongan dan berperanan aktif dalam pelbagai aktiviti.

Antara nama yang disebut untuk bertanding merebut jawatan-jawatan dalam pemuda ialah ketua penerangan pemuda Suhaizan Kayat, pengarah pilihan raya pemuda Mohd Firdaus Jaafar, dan setiausaha Pemuda Perak, Dr Raja Ahmad al-Hiss.

Muktamar dan pemilihan Jun nanti akan menjadi petanda penting hala tuju parti, melibatkan Pilihan Raya Umum ke-13 dan bentuk kerjasama dan peranan PAS dalam PR, yang menjadi isu yang agak divisif ekoran projek 16 September, 2008 yang dipimpin Anwar Al Penipu.

Calon Popular setakat ini :-

Calon Presiden : Dato Husam Musa
Calon Timbalan Presiden : Mohamad Syabu
Calong Naib : Mujahid Yusuf Rawa, Salahuddin Ayub dan Nizar Jamalul..

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox