Laman tersebut di godam oleh 'hackers' dengan memuatkan berbagai gambar dan artikel lucah serta berita-berita yang didakwa palsu tentang penyelewengan yang dilakukan oleh pakatan rakyat Selangor yang memerintah sejak mengambil alih tampuk pemerintahan daripada BN pada tahun 2008. Hakikatnya apa yang dimuatkan oleh 'pengodam' tersebut adalah benar bagi menyedarkan rakyat Selangor tentang penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan negeri.
Menurut Nik Ahmad, kerja-kerja membaik pulih sedang dijalankan tetapi tidak dapat memberi kepastian bila keadaan akan kembali sedia kala. TV Selangor adalah saluran televisyen milik Kerajaan Negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.
Ekoran itu sibukla kakitangan teknikal TV Selangor buat kerja baik pulih dan untuk makluman TV Selangor ini mula beroperasi pada tahun 2008 selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik sebagai Menteri Besar. Ianya diwujudkan kononnya kerajaan persekutuan yang ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) tidak memberi peluang kepada kerajaan Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat untuk menggunakan media miliknya seperti RTM bagi menyebarkan maklumat kepada rakyat Selangor.
Memang sudah menjadi kewajipan kepada kerajaan untuk memastikan segala maklumat yang disalurkan kepada rakyat oleh semua media adalah tetap dan berfakta serta tidak sengaja memutarbelitkan sesuatu isu demi kepentingan politik sempit pembangkang.
@AJ@
No comments:
Post a Comment