TIDAK ADA BEZANYA ANTARA RUMAH YANG DAIF DI KELANTAN DAN JUGA DI NEGERI SARAWAK...
Keadaan rumah daif di Negeri Kelantan |
Keadaan rumah daif di Sarawak |
Itulah sikap pembangkang yang tidak tahu menilai usaha kerajaan untuk membantu rakyat yang masih berada dalam kemiskinan terutama di negeri Sarawak yang sedikit ketinggalan memadangkan kapasiti negeri itu yang agak luas berbanding dengan negeri-negeri lain.
Apakah kerajan Pakatan Rakyat mempunyai insiatif lain untuk menyalurkan peruntukan bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik di Negeri Sarawak? Mereka hanya pandai bercakap kerana tidak perlu mengeluarkan modal dan hanya bijak memperelehkan usaha kerajaan bagi membantu rakyat yang masih memerlukan bantuan.
Disni AJ cuma ingin mengambil contoh negeri Kelantan untuk dibuat perbandingan dengan Sarawak kerana negeri ini diperintah oleh PAS sejak berpuluh tahun bermula tahun1990 yang sehingga kini masih berada jauh ketinggalan berbanding dengan negeri lain. Rakyat negeri Kelantan terutama golongan muda banyak berhijrah ke kawasan bandar-bandar besar untuk mencari pekerjaan dan yang tinggal hanya golongan yang veteran dan banyak bergantung kepada anak-anak mereka yang bekerja di luar. Kiranya kerajaan mewujudkan satu garis panduan perundangan yang mana menyekat rakyat Kelantan daripada berhijrah ke luar, kita akan dapat menyaksikan rakyat Kelantan akan mengalami krisis kemiskinan yang paling teruk di negara ini.
Justeru itu, pihak pembangkang jangan sesekali cuba menidakkan apa yang kerajaan pusat ingin laksanakan demi memastikan kesinambungan pembangunan dapat dikecapi oleh rakyat secara sama rata.
Berbalik kepada manifesto pembangkang di Sarawak, adakah ianya akan dilaksanakan sekiranya pembangkang berjaya menerajui negeri itu dalam pilihanraya 16 Apr 2011 nanti?. Secaca logiknya bukan senang untuk melaksanakan sesuatu projek pembangunan tanpa disokong oleh kemampuan kewangan yang kukuh atau dengan kata lain kerajaan negeri terpaksa memohon bantuan daripada Kerajaan Pusat untuk meneruskan agenda pembangunan.
Hal ini perlu diakui oleh semua pihak kerana negeri yang diperintah oleh pembangkang di Semenanjung seperti Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor pun masih berhutang dengan kerajaan pusat untuk merencanakan agenda pembangunan di negeri masing-masing.
@AJ@
No comments:
Post a Comment