PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Monday, April 25, 2011

Betulke Kerajaan PAS Kedah Tak Berduit?

Kita sedia maklum bahawa cukai tanah yang perlu dibayar kepada kerajaan Negeri oleh mana-mana universiti dalam negara adalah terlalu tinggi. Ini kerana biasanya keluasan tanah yang digunakan oleh univesiti terlalu luas sehingga mencecah jutaaan ringgit setahun.

Menyentuh isu cukai tertunggak berlipat kali ganda yang terpaksa dibayar oleh UUM kepada Kerajaan Negeri Kedah di bawah pimpinan PAS, saya berpendapat Kerajaan Negeri seharusnya mengambil pendekatan secara diplomasi bukan atas dasar politik tetapi atas dasar kepentingan pelajar-pelajar di universiti berkenaan.

Sebagai contoh di Negeri Perak, ada universiti yang masih belum menjelaskan hutang cukai kepada kerajaan negeri bahkan sampai RM1 juta lebih tetapi atas dasar keperihatinan kerajaan terhadap masa depan pelajar, Kerajaan Negeri lebih bersikap terbuka dan tidak mengambil keputusan secara terburu-buru menyekat bentuk saluran yang diterima oleh universiti berkenaan.

Apa yang berlaku di Negeri Kedah tidak menggambarkan apa yang dihebahkan selama ini bahawa Kerajaan Negeri itu berjaya meningkatkan perolehan pendapatan berbanding dengan negeri-negeri lain sehingga didakwa diktiraf oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

AJ berpendapat kerajaan Negeri Kedah sekarang ini mengalami masalah kewangan yang tenat dan tindakan mereka menyekat perkhidmatan air kepada UUM sebagai langkah menarik perhatian Kerajaan Pusat supaya segera menyelesaikan kemelut ini dengan menyalurkan peruntukan tambahan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

FAKTA

1. UUM terpaksa membayar antara RM80,000 sehingga RM90,000 sebulan untuk menampung kos lori bagi mengangkut air dari luar akibat kekurangan bekalan air sejak setahun lalu. ini membebankan
pengurusan UUM.

2. Sebelum ini kerajaan negeri hanya kenakan RM150,000 setahun, tapi kerajaan PAS Kedah kenakan RM1.8 juta setahun.

3. Alasan tarif air dinaikkan ialah dah lama tarif tak naik. sejak 90an. apabila kerajaan barisan gagal naikkan tarif air, maka pas kedah merasa terpanggil untuk memikul bertanggungjawab
menaikkan tarif air.

"APABILA NAIB CANSELOR UUM, PROFESOR DR MOHAMED MUSTAFA ISHAK MEMBERI KOMEN BAHAWA MENTERI BESAR KEDAH, DS AZIZAN HANYA LAYAK MENGURUSKAN SEKOLAH PONDOK DAN TIDAK LAYAK MENJADI MENTERI BESAR, MULA MELATAH PARA PIMPINAN DAN PENYOKONG PAS LALU MENDESAK AGAR VC SEGERA MOMOHON MAAF SECARA TERBUKA.."

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox