PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Monday, April 25, 2011

Azmin Ali Pencacai 'Tidak Ada Pendirian'..Kata PAS!

Ikuti luahan yang dilemparkan oleh 'penyokong PAS' yang memang setia tidak berbelah bagi kepada parti itu terhadap 'Azmin PKR' yang mana menyifatkan Azmin Ali tidak ada pendirian sebagai pemimpin parti...

"Kadang-kadang aku sendiri keliru dengan tingkah laku beberapa pemimpin dalam Pakatan Rakyat ini.. kita yang menyokong ini digesa untuk memboikot media-media milik UMNO ataupun media-media Pro-UMNO, samada media cetak mahupun media elektronik.. kerana menurut mereka media-media tersebut sering memutar belitkan fakta mengenai Pakatan Rakyat.

Tetapi mereka sendiri bertindak sebaliknya, mereka bukan saja mendengar, atau sekadar membaca. lebih malang lagi mereka pula mempercayainya.

Blogger-blogger Pro Pakatan Rakyat pula sering ditegur kerana mengkritik atau menegur pimpinan Pakatan Rakyat secara terbuka kata mereka gunakan saluran dalaman Parti yang sedia ada..

Tetapi mereka pula mengkritik sesama mereka secara terbuka menggunakan media yang ada seperti Tweeter contohnya..

Dalam satu ceramah perdana 'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia' bertempat di Dewan Sungai Tiram, Batu Maung Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali telah berkata “Wahai Najib dan Rosmah, kita tahu Utusan Malaysia disokong Umno. Kita tahu Utusan Malaysia surat khabar milik Umno. Kita juga tahu Utusan Malaysia hidup kerana Umno yang memainkan politik perkauman,”

Apabila Lidah Rasmi UMNO melaporkan kononnya Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali telah berkata “Andaian sebenarnya (kes video lucah) tidak boleh dijawab. Kalau bukan dia bagaimana? Kita tunggu siasatan selesai, sehingga benar macam itu (dakwaan bahawa lelaki dalam rakaman video seks tersebut adalah Anwar). Jika terbukti pelakunya, baru kita buat keputusan.”

"Azmin yang mula melenting dengan laporan itu terus mengkritik dan mengutuk Datuk Mustapa Ali melalui laman Twitter dengan berkata “Apakah benar Mustafa Ali keluar kenyataan begitu untuk menyinggung Keadilan (PKR) dan DSAI (Anwar)? Rakyat tuntut penjelasan.

Azmin tidak layak untuk mengemukakan pandangan secara peribadi yang boleh menyinggung perasaan pimpinan tertinggi PAS. Tambahnya lagi “Pimpinan perlu akur dengan kerangka besar agenda bersama pakatan rakyat. Jangan jadi jaguh kampung (merujuk kepada Azmin ) yang tidak lagi relevan tapi mahu perhatian,”

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox