PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Friday, April 15, 2011

Apabila 'Gagap' Bersuara, Susah Nak Percaya..!

Setelah TV Selangor yang digunakan melalui internet tidak dapat diakses oleh pembaca, maka berbunyi suara 'gagap' menyifatkan ianya satu tindakan jahat daripada DDOS yang berpengkalan di luar negara kononnya sengaja ingin menyekat berita yang diutarakan oleh pihak pakatan pembangkang khusunya dalam suasana kempen pilihanraya Negeri Sarawak.


Jelasnya, ini semua tindakan pengecut pihak yang terlibat menjelangnya hari pengundian di Sarawak pada Sabtu ini yang mencerminkan kegelisahan terhadap kemungkinan berlaku perubahan besar kepada keputusan pilihan raya di Bumi Kenyalang itu.

Jelasnya lagi amat kecewa dengan SKMM dan pihak polis yang tidak menyiasat secara telus berkaitan perkara ini walaupun sudah membuat laporan. Kenapa tidak pergi jumpa 'bomoh' atau mana-mana pakar analisis politik mereka yang didokong selama ini seperti zentrum?

Kalau betul pembangkang asyik membuat hebahan bahawa BN Sarawak kini akan jatuh ke tangan pembangkang, kenapa pula mereka beriya-iya sangat untuk menggunakan media TV Selangor bagi menyampaikan maklumat?.

Kalau dah beranggapan dan sudah 'meramal' Sarawak sudah menjadi milik pembangkang, lebih balik rumah berehat dan tidur lagi baik daripada terhuyung hayang dan memekak setiap malam dalam ceramah memutarbelitkan kebenaran.

@AJ@

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox