PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Wednesday, March 30, 2011

Perhimpunan Di Hadapan Parlimen Bantah Pembinaan 'Rare Earth'

Salam..

Pembangkang hari ini dilihat cuba mengambil kesempatan untuk menghasut rakyat supaya hadir berkumpul
di hadapan bangunan parlimen untuk mendesak kerajaan mengentikan projek pembinaan pemprosesan nadir bumi (Rare Earth ) di Gebeng, Kuantan Pahang.

Perhimpunan itu yang dihadiri oleh beberapa pertubuhan NGO membantah pembinaan projek berkenaan
 yang didakwa akan mengeluarkan sisa radioaktif dan boleh mengancam keselamatan rakyat khususunya penduduk yang berdekatan.

Mereka berhimpun di jalan persimpangan parlimen untuk menyerahkan memorendum kepada Perdana Menteri namun diberitakan hanya 10 orang wakil yang dibenarkan oleh pihak Polis untuk masuk menyerahkan memorendum berkenaan.

Pihak Polis terpaksa menggunakan beberapa kenderaan dan unit LSF untuk mengawal keadaan kerana perhimpunan yang diadakan berdekatan dengan hadapan parlimen.


Selepas beberapa minit berhimpu, kumpulan NGO berkenaan telah beralih tempat setelah perbicangan diadakan dengan AP Kuantan. Mereka turut membawa beberapa sepanduk yang tertera dengan tulisan antaranya 'Save Malaysia'.

Sebelum bersurai, mereka melaungkan "Stop Lynas, Selamatkan Kuantan, Stop Radioactive dan Selamatkan Malaysia".


Hadir sama, adalah lima anggota Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) yang diketuai oleh pesuruhjayanyanya, Mohamad Shaani dan perwakilan daripada Majlis Peguam turut hadir bagi memantau keadaan.

@AJ@

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox