PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Sunday, March 04, 2012

PAS Kawasan Parit merayu separuh BR1M diderma kepada parti

Akibat terdesak dan mementingkan perjuangan merebut kerusi pada pilihan raya umum akan datang, PAS Parit turut meminta ahlinya mendermakan 50 peratus wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk kegunaan tabung parti berkenaan.

Jika sebelum ini PAS cawangan Kamunting meminta ahlinya yang menerima bantuan itu mendermakan 15 peratus atau RM50 wang diterima mereka, kali lini PAS Parit turut mengikut jejak langkah sama tetapi jumlah yang minta didermakan lebih tinggi iaitu RM250, separuh daripada bantuan RM500 yang dihulurkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Adun Belanja, Datuk Abu Zaim Hassan, ketika mendedahkan perkara itu berkata, tindakan parti itu cuba menggagalkan hasrat kerajaan BN untuk membantu rakyat berpendapatan rendah menikmati hidup yang selesa. Baca selanjutnya >DISINI<

- Perak Today

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox