Krisis terbaru di Mesir semakin teruk memasuki hari yang kedua. Perusuh bertindak membaling batu ke arah pihak polis dengan tujuan menuntut pihak berkuasa mengumumkan segera tarikh penyerahan kuasa kepada kerajaan pilihan rakyat.
Dataran Tahrir sekali lagi menjadi medan pertempuran antara penunjuk perasaan dan pihak polis anti rusuhan. Tindakan perusuh yang bertindak ganas di balas dengan tembakan peluru getah oleh pihak polis sehingga mencederakan ratusan penujuk perasaan. Malah perusuh juga berani bertindak ganas dengan membakar beberapa kenderaan polis yang berada di sekitar kawasan rusuhan.
Ini luahan salah seorang daripada perusuh..
"Kami hanya ada satu permintaan. Beberapa pemimpin perlu meletak jawatan dan jawatan tersebut diambil alih oleh orang awam," kata seorang penunjuk perasaan, Ahmed Hani yang merujuk kepada pemerintah tentera Mesir yang merupakan Menteri Pertahanan dalam pentadbiran Mubarak sebelum ini, Hussein Tantawi. Selebihnya BACA DISINI.
Dalam perkembangan lain seramai 10,000 lebih penuntut Malaysia yang berada di Mesir sudah meluahkan rasa kebimbangan ekoran perkembangan terbaru yang berlaku di negara itu. Wakil pelajar, Muhammar Amin Abdul Yasin, 24, berkata, pelajar Malaysia kini berada dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan konflik lebih teruk berlaku di negara berkenaan dalam tempoh terdekat.
“Kedutaan Malaysia juga telah mengeluarkan pekeliling kepada pelajar Malaysia di sini (Mesir) supaya sentiasa berjaga-jaga terhadap keselamatan diri dan ketika ini terdapat kira-kira 10,000 pelajar Malaysia di Kaherah serta 1,400 di Mansoura. BACA DISINI.
PERUSUH MEMBALING BOM ASAP KE ARAH POLIS |
Apa yang menarik perhatian saya, sekiranya situasi ini terus berlarutan sepertimana yang berlaku semasa era revolusi kejatuhan Hosni Mubarak beberapa bulan yang lepas, bagaimana nasib pelajar-pelajar kita di sana?
Mungkin tuan-tuan masih ingat, semasa rusuhan untuk mendesak Hosni Mubarak berundur yang akhirnya berjaya digulingkan, Kerajaan Malaysia pimpinan Najib begitu prihatin untuk menyediakan pengangkutan membawa balik pelajar ke tanahair. Akhirnya semua pelajar kita terselamat dari ancaman perusuh yang ganas ketika itu.
Namun, apa yang menyedihkan ketika pasca revolusi Mesir, banyak suara-suara sumbang dari kalangan pemimpin pembangkang yang seolah-olah mempertikaikan bantuan yang dihulur oleh pihak kerajaan. Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada kerajaan ketika itu bagi tujuan kepentingan politik kotor pembangkang.
Justeru itu, kejadian rusuhan kali kedua yang berlaku di Mesir kali ini perlu menjadi iktibar kepada kerajaan untuk mempertimbangkan sebarang bentuk bantuan kepada pelajar Malaysia di Mesir. Apa salahnya kita berpegang seketika kepada peribahasa yang mengatakan ' Ditelan mati emak, diluah mati bapak'. Buat pilihan yang tepat untuk menyalurkan bantuan dan PASTIKAN PELAJAR-PELAJAR YANG MEMPUNYAI LATAR BELAKANG PEMIMPIN 'HARDCORE' PAS TIDAK DILAYAN SUPAYA MENJADI PENGAJARAN KEPADA MEREKA SEMUA SATU HARI NANTI...
Apa yang berlaku di Mesir dan negara Timur Tengah yang lain merupakan satu impian Anwar untuk di terjermahkan di negara kita. Pelbagai strategi diatur dibantu oleh panglima-panglima perang Anwar yang sebenarnya bukan panglima akhirnya menemui kegagalan. Episod demi episod yang cuba dicanang oleh Anwar dianggap oleh rakyat sebagai langkah yang tidak bertamadun dan tidak menepati cara hidup yang selama ini berpegang kepada lunas undang-undang.
Begitu juga dengan Mat Sabu yang kita sedia maklum boleh dianggap pemimpin kumpulan radikal dari parti PAS yang menanam cita-cita hampir sama dengan Anwar. Namun, disebabkan berbeza idealogi politik, serta diselubungi sentimen peribadi (masing-masing ada syak wasangka), Mat Sabu juga tidak mampu untuk merealisasikan cita-citanya. Rakyat Malaysia secara majoritinya masih berakal dan waras untuk menolak cara perjuangan Mat Sabu yang dianggap radikal.
Akhirnya Malaysia sehingga hari ini masih dalam kategori selamat untuk menerima nasib yang sama sepertimana yang berlaku di negara Timur Tengah. Idea daripada kedua-dua pemimpin pembangkang ini bertujuan untuk menggerakkan kumpulan 'reformasi baru' ditolak secara total oleh rakyat yang masih cintakan keamanan.
Pun begitu tidak mustahil satu hari nanti hasrat mereka akan terlaksana jika kerajaan tidak berhati-hati dan terlalu memberi muka khususnya dalam soal yang melibatkan keselematan negara. Justeru, apa yang dipaparkan ini mudah mudahan menjadi isyarat jelas kepada pihak yang berkenaan supaya mengambil langkah proaktif menolak mana-mana cadangan untuk meletakkan Malaysia dalam keadaan huru hara sama seperti di Timur Tengah.

No comments:
Post a Comment