PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

PAUTAN TERKINI

Thursday, November 10, 2011

Isu air Kelantan : Apa yang tidak didedahkan oleh pemimpin PAS

Apabila isu perkhidmatan air di Negeri Kelantan menjadpi topik hangat perbualan sebelum ini, kita tidak didedahkan mengenai cerita sebenar disebalik apa yang berlaku. Kerajaan Negeri bijak menutup kelemahan diri mereka dengan pelbagai alasan kononnya tidak berlaku masalah sepertimana yang didedahkan.

Cerita terbaru mengenai pendedahan seorang individu yang ada kaitan dengan pimpinan PAS Negeri Kelantan mendakwa wujud 'campurtangan' pemimpin PAS Negeri Kelantan dalam Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. Bagi mengetahui lanjut apa yang didedahkan, mari kita baca apa yang ditulis oleh saudara Rahman Iskandar..


KONFLIK DALAMAN AKSB: TEMPIAS KEPADA PENGGUNA BEKALAN AIR

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), satu nama gah dalam industri perbekalan air terawat, dan merupakan GLC yang tidak asing lagi di bawah pentadbiran kerajaan PAS Negeri Kelantan.

Sejarah konflik dalaman telah bermula sejak tahun 1995 lagi, apabila kerajaan negeri telah menswastakan bekalan air kepada Thames Water Pte Ltd, dan dikenali sebagai Kelantan Water Sdn Bhd (KWSB), manakala hampir kesemua kakitangan Jabatan Bekalan Air pada masa tersebut, diserap ke dalam pentadbiran baru KWSB.

1999, bermula episod baru di mana kerajaan negeri dan KWSB telah membuat persetujuan bersama penamatan Thames Water Pte Ltd sebagai badan yang bertanggungjawab ke atas perbekalan air di Kelantan, dan ditukar kepada satu organisasi yang baru, dikenali sebagai Air Kelantan Sdn Bhd sehingga kini.

Pada akhir 2005, terdapat ura-ura penyingkiran Pengarah Urusan pada masa tersebut, yang dikenali amat tegas dalam isu kronisme, nepotisme dan penyalahgunaan kuasa. Usaha berterusan pihak yang tidak senang dengan beliau sampai ke kemuncaknya, di mana pada akhir 2007, beliau telah diarah untuk meninggalkan kerusi panas nombor satu AKSB.

Pada 2008, kerusi panas ini sekali lagi bertukar tempat, dan kerajaan negeri telah melantik anak watan sebuah konglemerat, iaitu dari PLUS Highway Bhd sebagai Pengurus Besarnya. Kecetekan pengalaman beliau dalam perbekalan air dan mengurus tadbir sebuah syarikat GLC seperti AKSB telah merencatkan usaha satu puak yang ingin terus berkuasa, dalam menjadikan beliau sebagai kuda tunggangan demi mencapai cita-cita peribadi masing-masing. Pada akhir 2010, kerajaan negeri telah mengarah beliau untuk mengosongkan kerusi tersebut.

Pertengahan 2011, kerajaan negeri sekali lagi membuat kesilapan dalam melantik Pengurus Besar AKSB yang baru, di mana pelantikan yang dibuat secara rambang telah menyebabkan AKSB terus bergolak dan terumbang-ambing. Kecetekan pengalaman dan sifat ‘yes man’ kepada tangan-tangan ghaib di belakang AKSB antara faktor konflik dalaman ini semakin parah.

Natijah daripada pergolakan dalaman tersebut, dirumuskan 10 dalil kegagalan kerajaan negeri dan AKSB khususnya dalam mentadbir urus perbekalan air kepada seluruh rakyat negeri Kelantan :

1) Kerugian terkumpul AKSB bagi tahun berakhir 2011 dijangkakan mencecah RM 11 juta, untuk itu, pengguna bakal dibebankan dengan cadangan kenaikan harga tarif air yang baru pada tahun 2012 nanti bagi menampung kerugian tersebut.

2) Kegagalan Projek Air Tidak Berhasil (Non Revenue Water / NRW) yang menelan kos sebanyak RM 130 juta, di mana projek yang bermula pada Julai 2008, dan berakhir pada Ogos 2011, gagal menterjemahkan sebarang impak positif terhadap sistem bekalan air secara menyeluruh.

3) Kegagalan projek penukaran meter air kepada ‘Smart Meter’ berjumlah 80,000 unit dalam Projek NRW, melibatkan kos hampir RM 12 juta, namun penukaran hanya setakat 40,000 unit sahaja, setelah diakui kegagalan fungsi meter tersebut.

4) Kegagalan projek pembinaan Telaga Jejari di jajahan Jeli, yang dicanangkan teknologi terkini, dan diwar-warkan jajahan tersebut akan tiada lagi masalah bekalan air, namun hasil sebaliknya berlaku, di mana masih terdapat kawasan di Jeli yang dicatu bekalan air.

5) Kegagalan mengatasi krisis kecemasan bekalan air secara total, dan bayangkan, AKSB hanya mempunyai 6 buah lori tangki air untuk digerakkan dalam satu-satu masa kecemasan atau ketika berlakunya krisis bekalan air.

6) Kualiti dan tekanan air yang masih membelenggu rakyat secara amnya, malah di kawasan bandar juga masih terdapat kualiti dan tekanan air yang tidak memuaskan.

7) Kekerapan kerosakan pam di loji-loji air utama, seperti Loji Rawatan Air Bukir Remah di Tanah Merah, Loji Rawatan Air Pahi di Kuala Krai, dan Loji Rawatan Air Merbau Chondong namun kegagalan tersebut diletakkan ke atas pihak lain untuk mengalih perhatian pengguna / rakyat.

8) Hutang tertunggak dianggarkan RM 12 juta, namun tiada tindakan agresif untuk mendapatkan semula bayaran bil tertunggak ini, mungkin pengurusan tertinggi AKSB sibuk dalam mencapai misi peribadi untuk terus berkuasa dan bertelagah sesama sendiri.

9) Kos tinggi menaiktaraf Loji Rawatan Air Pintu Geng, yang menelan kos sebanyak RM 58 juta, dan difahamkan, kos sebenar hanyalah RM 35 juta sahaja. Kenaikan mendadak kos ini telah pun dipersoalkan di peringkat tertinggi AKSB, namun terdapat tangan-tangan ghaib yang menidakkannya.

10) “Masalah Air Di Kelantan Selesai Pada 2027”…itulah kenyataan yang dibuat oleh Exco Perumahan, Kerjaraya, Utiliti & Alam Sekitar Negeri pada April 2011 …. untuk memaklumkan kepada seluruh rakyat Kelantan bahawa, rakyat terpaksa menunggu selama 16 tahun lagi untuk melihat 100% liputan air bersih di seluruh negeri terlaksana oleh AKSB. Jadi, fikir-fikirkanlah.

- Terompah Besi

1 comment:

  1. Mari pakat lawat Facebook “Airkelate Nok Bangkrap”. Terdapat bukti-bukti penyelewengan dan salahlaku pengurusan yang berlaku dalam AKSB yang didedahkan. Sila buka FB anda untuk memasuki FB “Airkelate Nok Bangkrap”.
    AKSB kerugian puluhan juta ringgit. Dalam 3 tahun (2010, 2011 & 2012) AKSB rugi hamper RM40 Juta Ringgit. AKSB buat projek terlalu boros. Tanpa kajian yang mendalam. 90% projek yang dibuat gagal atau tidak capai target. Mereka yang mengurus projek dan pembelian produk hanya untuk dapatkan komisyen(%) melalui pemberian tender, sebutharga yang diurus secara dalaman dengan prosidur yang sangat longgar, komisyen pembelian produk & system yang digunakan dalam AKSB.
    Penggunaan jenama produk telah ditetapkan oleh individu tertentu dalam AKSB. Syarikat pembekal juga telah ditetapkan oleh mereka. Kontraktor mana pun yang dapat tender & sebutharga, mereka wajib beli melalui pembekal yang telah ditetapkan. Jika engkar, kontraktor atau pembekal akan menghadapi masaalah untuk dapat bayaran kerana mereka telah menguasai pengurus besar, Ketua Jabatan Kewangan dan Ketua Jabatan Sumber Manusia. Aduan telah dibuat kepada Pemimpin Pas Pusat & Negeri tetapi mereka buat “pekak badak” kerana menjaga kroni. Ayuh Rakyat Kelantan ! Terserah kepada Rakyat Kelantan hendak percaya atau tidak! Air Kelantan adalah “lubok duit” bagi beberapa individu, dan pengurusan tertinggi AKSB. Mereka dilindungi oleh pengurusan pemimpin Pas (EXCO & YB) yang tamakkan kuasa, pangkat dan wang. (SEBARKAN...!!!)

    ReplyDelete

Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox