PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Monday, October 31, 2011

Terbaru : Karpal Singh sifatkan 'Hudud' tiada tempat dalam perundangan negara

Dalam akhbar The News Straits Times hari ini, Karpal sekali lagi bangkit menyanggah niat rakan pakatan mereka PAS untuk mengemukakan usul berkaitan perlaksanaan Hudud kepada Perdana Menteri untuk diteliti. Katanya jika Hudud dilaksanakan, negara ini seolah-olah 'TIADA UNDANG-UNDANG' dan sebab itu, beliau bertegas bahawa 'HUDUD' tiada tempat dalam sistem perundangan negara jika Pakatan Rakyat memerintah. Rujuk akhbar NST DISINI.

Tambah Karpal, Hudud akan membawa kepada PENINGKATAN KES-KES JENAYAH di negara ini kerana berdasarkan keperluan Hudud, pihak pendakwaan perlu mengemukakan 4 orang saksi yang diiktiraf mengikut syarak. Justeru, keperluan untuk menjatuhkan kesalahan kepada tertuduh adalah terhad disebabkan keterangan saksi yang tidak mencukupi.


"Ini adalah sesuatu yang mustahil bagi pihak pendakwa lakukan untuk memenangi sesuatu kes dan sudah tentu penjenayah memilih Hudud sebagau pilihan untuk membicarakan kes berkenaan.

"Hudud hanya akan memberi kelebihan kepada penjenayah bebas dan secara tidak langusung akan membawa kepada peningkatan kes-kes jenayah,".

Selain itu, Hudud adalah bertentangan dengan sistem undang-undang semasa, kerana undang-undang sediada hanya memerlukan pihak pendakwaan membuktikan kes melampaui keraguan munasabah tanpa berpandukan 4 orang saksi yang menepati syarak.

Dalam masa yang sama, Karpal mengulangi pendiriannya selaku Pengerusi DAP bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan Pas dalam penubuhan sebuah negara Islam dan pelaksanaan hudud. Ini kerana Hudud tidak termasuk dalam agenda Pakatan Rakyat sepertimana yang dipersetujui dalam agenda Buku Jingga.

Dengan nada angkuh, Karpal menyifatkan Hudud tidak ada tempat dalam sistem perundangan di negara ini. Kenyataan terbaru Karpal berkaitan isu ini ekoran daripada cadangan EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nik Amar yang mahu membawa usul perlaksanaan Hudud kepada Perdana Menteri untuk diteliti bagi menguatkuasakan Hudud apabila tiba masanya.

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox