PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

PAUTAN TERKINI

Saturday, October 22, 2011

Rompakan kedai emas bernilai setengah juta

KUALA LUMPUR – Hanya dalam tempoh lima minit, sebuah kedai emas di Jalan Chow Kit di sini kerugian hampir setengah juta ringgit dalam kejadian rompakan bersenjata semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, tiga lelaki yang memakai topi keledar penuh serta bersenjatakan pistol memasuki premis berkenaan kira-kira 1.45 tengah hari dan mengacukan senjata ke arah dua pekerja.

Mereka kemudian mengarahkan pekerja berkenaan menyerahkan tiga dulang emas dan suspek hanya mengambil masa lima minit menuang barang kemas dari dulang-dulang berkenaan ke dalam beberapa buah beg plastik sebelum melarikan diri menggunakan dua motosikal yang berada berhampiran premis itu.

Premis berkenaan tidak mempunyai pengawal keselamatan, namun dilengkapi dengan kamera litar tertutup dan ketika kejadian terdapat dua pelanggan di dalamnya, katanya kepada pemberita di sini.

Chin Wah berkata, motosikal jenis Modenas yang digunakan ketiga-tiga suspek, dalam lingkungan 30-an, dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Katanya, kamera litar tertutup itu berjaya merakam imej ketiga-tiga perompak terbabit. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox