PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

PAUTAN TERKINI

Tuesday, October 04, 2011

PAS tidak mengaku sokongan bukan Islam semakin merosot

Akhirnya PAS terpaksa menggunakan strategi menipu bagi menutup kelemahan mereka berhubung dakwaan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bahawa parti itu kini semakin kurang diyakini oleh masyarakat bukan Islam khususnya di Kelantan.

Dipetik dari portal rasmi PAS Harakah Daily, Ketua Penerangan PAS Kelantan menyifatkan apa yang dinyatakan oleh DHPP itu adalah kurang tepat adalah sesuatu kebenaran jika tidak kenapa mereka terlalu gelisah apabila membaca kenyataan sedemikian.

Dr Mohamed Fadzli menjelaskan beliau yang juga Exco Kerajaan Kelantan ingin membuat penegasan bahawa DHPP lahir dari kesedaran di kalangan masyarakat bukan Islam bahawa perjuangan yang dibawa oleh Pas bukan sahaja untuk menentang BN malah adalah untuk keadilan dan kesejahteraan semua kaum tanpa mengira agama.

Beliau dengan sendirinya mendakwa bahawasanya, sebelum DHPP dinaikkan taraf menjadi salah satu sayap penting PAS, kelab penyokong Pas di kalangan masyarakat bukan Islam sangat faham akan matlamat perjuangan Pas untuk melaksanakan keseluruhan syariat Islamiah termasuk juga hukum hudud.

Adakah benar masyarakat bukan Islam faham berkenaan Hudud? Jika dikalangan pemimpin PAS sendiri masih buntu mengenai Hudud apatah lagi masyarakat bukan Islam yang tidak mengamalkan cara hidup sepertimana yang digariskan syariat.

PAS tidak perlu lagi berdolak dalih dalam isu ini kerana rakyat sudah tahu parti itu tidak berkemampuan untuk melaksanakan Hudud mengikut acuan mereka sendiri sekiranya masih berkawan dengan musuh utama Hudud iaitu DAP.

No comments:

Post a Comment

Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox