PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

PAUTAN TERKINI

Tuesday, October 25, 2011

KL seratus peratus milik PKR PRU-13..betulke?

Hari ini dalam Sinar Harian jika anda baca tertulis satu berita mengenai kenyataan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim menegaskan bahawa KL merupakan kubu kuat PKR. Kata Al Juburi, ini berasaskan kepada senario yang berlaku pada pilihanraya tahun 2008 yang menyaksikan majoriti kerusi dalam kawasan KL dimenangi oleh PKR. Mungkin Anwar fikir KL milik bapa dia kot.


Jika begitu, kepada orang-orang UMNO adakah anda tidak rasa tercabar dengan kenyataan ini? Atau anda fikir sekarang ini bukan masa yang sesuai untuk melipatgandakan program-program bagi menambat hati pengundi. Kepada orang-orang UMNO, jangan fikir anda semua berada dalam keadaan selesa tambahan pula dengan pelbagai isu yang dimainkan pembangkang tidak mustahil apa yang diperkatakan Anwar Al juburi menjadi kenyataan.

Justeru itu, apa kita kita baca dengan teliti kenyataan balas yang dibuat oleh Datuk Wira Syed Ali Alhabshie, Setiausaha UMNO/BN Wilayah Persekutuan berhubung kenyataan Anwar dengan nada angkuh serta takbur seolah-olah dia Tuhan..

UMNO khususnya BN tidak gentar dengan pengisytiharan Wilayah Persekutuan sebagai kubu kuat Pakatan Rakyat (PR) oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam. Malah kata Setiausaha Perhubungan UMNO/BN Wilayah Persekutuan, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, pengumuman itu sekadar gimik politik untuk menarik perhatian warga kota yang semakin melonjak sokongan mereka kepada BN.

“Sedikitpun tidak menggusarkan kita (BN) di Wilayah Persekutuan kerana menyedari Anwar sememangnya bijak memainkan cerita retorik dan pembohongan,” tegasnya.

Beliau mendakwa, Ketua Umum PR itu telah tersilap perhintungan apabila menjadikan prestasi pembangkang pada PRU ke-12 sebagai tanda aras sokongan rakyat kepada mereka.

“Kita akui prestasi BN pada PRU ke-12 BN alami kemerosotan, tetapi arus perubahan telah berlaku secara mendadak apabila rakyat sedar pembangkang tidak mampu membela nasib dan masa depan mereka,” tegasnya.

Oleh sebab itu katanya, UMNO/BN Wilayah Persekutuan telah menggerakan jenteranya di peringkat akar umbi sebaik sahaja berakhirnya PRU ke-12. Baca selebihnya DISINI.

No comments:

Post a Comment

Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox