PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Thursday, October 06, 2011

Kerajaan Kelantan mengaku mereka terpaksa bergantung kepada pusat

Kerajaan Negeri Kelantan terpaksa mengaku bahawa mereka perlu bergantung kepada Kerajaan Pusat bagi mendapatkan suntikan modal. Terbaru, perkara ini didedahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa yang mengakui kerana perbezaan politik, kerajaan Pas Kelantan sanggup membuat tuntutan kepada Kerajaan Persekutuan terhadap penggunaan sebahagian wilayah negeri itu yang dijadikan Taman Negara melibatkan kawasan seluas 1,043 KM melibatkan jumlah dianggarkan RM2.412 bilion.

“ia perlu bagi menampung sumber kewangan negeri berikutan kedua-dua kerajaan mempunyai fahaman politik yang berbeza,” katanya selepas mesyuarat Mingguan Exco di Kota Darulnaim, di sini hari ini.
Husam berkata surat tuntutan itu telah dihantar bertarikh 12 Sept lepas kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah dan ianya telah dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim.

Beliau berkata, tuntutan itu termasuk kehilangan nilai sewa ekonomi kira-kira RM27,682 perhektar yang terlepas iaitu bila mana penuaian hutan untuk balak daripada pengurusan hutan secara berkekalan tidak dibenarkan.

“Untuk keseluruhan hutan, nilai bersih kini yang terlepas ialah RM1.2 bilion bagi pusingan atau tempoh 30 tahun,”.
Tambahnya lagi, untuk tuntutan kedua dalam surat itu ialah tuntutan pulangan terlepas iaitu bila mana peluang terhenti untuk hutan diteroka bagi perladangan komoditi utama. Katanya tuntuan kedua itu termasuk komoditi – kelapa sawit bagi tempoh 25 tahun dengan nilai tuntutan RM11,683 perhektar yang melibatkan jumlah RM585 juta, Getah untuk lateks dan balak bagi tempoh 20 tahun dengan nilai tuntutan RM10,717 perhektar yang berjumlah RM385 juta; dan ladang getah hutan bagi tempoh 25 tahun dengan nilai tuntutan RM7,364 perhektar iaitu berjumlah RM242 juta.


No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox