Dalam usia 60 tahun penubuhan Parti PAS, parti itu kini berdepan dengan kelesuan idea dan yang amat membimbangkan pandangan ulamak dalam parti itu kini semakin diketepikan. Perjuangan asal untuk meletakkan dasar Islam dalam pemerintahan sudah menyimpang jauh. Perkara ini sememangnya diakui oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib.
Jika dahulu, Dewan Ulamak merupakan sumber rujukan untuk menentukan dasar-dasar parti serta membuat keputusan sekiranya dilanda isu kontroversi. Namun hari ini nampak gaya, senario itu sudah berubah dan golongan pemikir yang berhaluan kiri diberi keutamaan kerana bagi mereka mengejar kuasa itu lebih baik daripada meletakkan syariat Islam pada landasan yang utama.
Sebagi contoh dalam isu Hudud di mana Harun mengakui sebenarnya ramai pemimpin-pemimpin baru dalam PAS masih kurang yakin mengenai cadangan perlaksaan sebaliknya bersikap diam diri dan memberi ruang kepada pemimpin pakatan lain seperti DAP untuk menyanggah. Sepatutnya, mereka (DAP) diberi penjelasan yang sewajarnya supaya isu ini tidak dimanipluasi oleh pihak lawan khususnya UMNO.
"Ulamak tidak semestinya hanya menjadi penonton di luar gelanggang tetapi harus masuk berpencak silat bersama demi untuk melaksanakan tuntutan ilmu yang dipelajari. "Inilah masanya untuk para ulama beramal dengan ilmunya agar menjadi pohon yang menghasilkan buah yang ranum dan sedap dimakan," katanya dalam laporan harakahdaily.
Malangnya perjuangan Pas mula berubah apabila parti itu menukar perjuangannya daripada penubuhan negara Islam kepada negara Kebajikan ketika Muktamar parti itu yang Ke-57. Hasil tindakan itu menyebabkan populariti parti itu menjunam apabila penyokong Melayu atau tradisional Pas beralih kepada UMNO.
Dalam masa yang sama, Harun turut meluahkan rasa kesal kerana realitinya Pas hari ini tidak lagi dianggap sebahagian besar kaum Melayu sebagai parti yang memperjuangkan agama secara ikhlas. Ianya bermula sejak parti itu menjadi terlalu liberal setelah mengadakan pakatan bersama dengan DAP dan PKR sejak 2004.
Bahkan rakan pakatan seperti DAP dilihat sebuah parti komunis dan anti-Islam apabila menentang habis-habisan dalam soal penubuhan negara Islam Pas dan hudud khususnya di negeri Kelantan. Bagaimanapun Pas hanya mampu berdiam diri dan secara konsensus bersetuju untuk tidak melaksanakan hudud di negeri yang diperintah Pas selama 21 tahun.
Akibatnya, rakyat mula sangsi terhadap parti Pas kerana mereka melihat parti ini hanya ingin berkuasa di negara ini secara kuku besi serta menafikan hak keistimewaan orang Melayu dan memecahkan umat Islam kerana masih bekerjasama dengan parti anti-Islam seperti DAP.
No comments:
Post a Comment