PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

PAUTAN TERKINI

Wednesday, October 19, 2011

Dendam kesumat Nik Aziz kepada UMNO belum selesai

Jika DAP menentang keras Hudud dan mengugut untuk keluar pakatan, Nik Aziz adalah tokoh PAS yang cukup gelisah kerana mereka tahu bahawa tanpa DAP, PAS hanya sebuah parti yang minoriti dan tidak akan berjaya memenangi hati pengundi khususnya kaum Cina dan India.


Namun dalam soal penggubalan akta baru untuk memantapkan lagi kes-kes yang berkaitan murtad Ni Aziz terus menyanggah kerana kononnya diterajui oleh UMNO. Itulah sebenar wajah Nik Aziz yang sehingga ke hari ini masih masih berdendam dengan UMNO. Apa jua yang dilakukan oleh UMNO demi kepentingan Islam sejagat tetap disanggah waima dalam urusan akidah sekalipun.

“Saya diminta untuk memberikan reaksi mengenai isu Akta Murtad, saya sokong. Sampai masanya seluruh media dan Umno akan senyap, kita lihat sahajalah nanti,” katanya dipetik dari laman Facebook rasminya semalam.

Selain itu, Nik Aziz turut menyalahkan Umno kerana terlalu mengamalkan sentimen politik sehingga menghalang Pas daripada melaksanakan undang-undang khusus menangani gejala murtad sejak dari tahun 90-an lalu.

“Sejak dahulu sudah ada usaha secara serius dan bersaluran oleh Pas untuk membuka jalan perbahasan secara positif dan signifikan ke arah penggubalan undang-undang berkaitan murtad.
Jika begini sikap Nik Aziz, sudah tentu rakyat sedia maklum bahawa perjuangan PAS yang dibawa Nik Aziz bukan untuk penyatuan dan perpaduan umat Islam tetapi lebih kepada perjuangan individu. Pendek kata, perjuangan Nik Aziz untuk menghancurkan UMNO semata-mata. - Sinar Harian

Sepertimana kenyataan Mustafa Ali, Setiausaha Agong PAS Pusat yang dikatakan melarang ahli PAS menyertai Himpunan Sejuta Umat pada 22 Okt 2011, Nik Aziz langsung tidak mengulas lanjut apabila wujud pertikaian antara pimpinan pemuda PAS yang tidak sependapat dengan Mustapa Ali.

Justeru jelas, kenapa PAS takut untuk menyertai perhimpunan Sejuta Umat sedangkan program itu memang jelas untuk menyatakan pendirian kepada penganut agama lain bahawa Islam sebagai rasmi dan tidak boleh diperlekehkan sesuka hati oleh kaum lain terutama DAP.

Demi mendapatkan undi simpati orang-orang kafir supaya menyokong calon PAS, mereka sanggupan menggadaikan agama.

No comments:

Post a Comment

Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox