PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Tuesday, October 04, 2011

Akta baru ganti ISA akan lebih seimbang kata Najib

KUALA LUMPUR: Dua akta baru yang akan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bakal memberi perimbangan antara hak asasi individu, kebebasan sivil dan menjaga keamanan awam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata langkah itu membolehkan Malaysia mengamalkan sistem demokrasi dengan lebih baik dan dihormati oleh negara lain.

"Jentera kerajaan memang berdiri teguh dan menyokong tindakan kerajaan untuk batalkan ISA dan diganti dengan dua akta baru. Akta baru ini akan mengambil langkah untuk mencari perimbangan antara hak asasi individu, civil liberties dan jaga keamanan awam," katanya pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat di Parlimen di sini pada Isnin. Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit) yangingin tahu sama ada kerajaan mempunyai instrumen atau undang-undang bagi membendung masalah yang sebelum ini diletakkan di bawah peruntukan ISA danjaminan Perdana Menteri untuk memastikan jentera kerajaan dan perkhidmatan awammemberikan kerjasama kepada pemansuhan ISA.

Menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) sama ada kerajaan bersedia menggunakan Akta Pemansuhan Darurat yang disediakan oleh Pakatan Pembangkang, Najib berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan proses penggubalan dua akta baru itu tidak lama lagi.

Baca selebihnya DISINI.

- MStar Online

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox