Pemansuhan undang-undang ISA oleh Perdana Menteri memberi kejutan kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kita semua mungkin tidak percaya itulah realitinya. Baru semalam PM membuat pengumuman tersebut, bermacam-macam respon yang kita dengar samada yang menerima mahupun yang tidak bersetuju.
Memang itu lumrahnya, setuju atau tidak kerajaan telahpun membuat keputusan dan setakat ini saya tidak bercadang untuk mengupas panjang. Kita tunggu dan lihat sejauh mana reaksi daripada segenap lapisan rakyat mengenai keputusan berkenaan.
Pun begitu, setelah saya menggodek beberapa portal rasmi pembangkang sudah kendengaran suara-suara sumbang yang menyifatkan pengumuman itu satu helah Najib untuk menghadapi pilihanraya akan datang. Kata mereka, jangan mudah terpedaya dengan kenyataan yang dibuat Najib kerana belum tentu apa yang diperkatakan akan dikotakan. Maksudnya, mereka beranggapan pemansuhan undang-undang ISA ini hanya cerita rekaan yang dibuat oleh Najib tak lain dan tak bukan semata-mata untuk mendapat semula sokongan rakyat.
Nampak sangat pembangkang sudah mula menggelabah apabila ISA akan dihapuskan kerana inilah modal terbesar politik mereka ketika berdepan dengan parti kerajaan pada pilihanraya. Mereka tidak berpeluang untuk mengatakan kerajaan zalim kerana menggunapakai ISA terhadap orang yang tidak bersalah.
Apapaun, keputusan menghapuskan ISA cukup memberi kesan kepada survival keselamatan negara pada masa akan datang kerana undang-undang baru yang akan digubal belum tentu setaraf denga ISA. Bahkan belum tentu akan setanding kerana terpaksa dibahas di parlimen terlebih dahulu mengikut kesesuaian semasa.
No comments:
Post a Comment