Dalam satu kenyataan media yang dibuat oleh Saifudin Nasution, setakat ini PAS dan PKR dan DAP masih belum mencapai kata sepakat berhubung pengagihan kerusi pilihanraya. Dakwanya, masalah pengagihan kerusi perlu diteliti dengan lebih mendalam dalam usaha PR untuk mendapat majoriti pada pilihanraya akan datang untuk menuju ke Putrajaya.
Perkembangan politik mutakhir menyebabkan pembahagian kerusi di kalangan parti pembangkang tidak dapat diputuskan berikutan adanya tarik tali di kalangan parti berkenaan terutama membabitkan antara Pas, DAP dan PKR.
Sepertimana yang dinyatakan oleh pensyarah Hubungan Strategi dan Antarabangsa, Dr Zarina Othman berkata antara puncanya tiada keputusan muktamad adalah disebabkan pendirian yang diputuskan oleh Pas yang mahu dua jawatan tertinggi negara disandang oleh orang Islam.
Menurutnya, pendirian Pas itu telah menimbulkan satu lagi polimik baru kepada pakatan pembangkang, sedangkan mereka belum mempunyai hubungan atau ikatan kukuh antara satu sama lain untuk membentuk satu pakatan seperti Barisan Nasional.
Pakatan pembangkang setakat ini belum lagi mendapat persefahaman seperti Barisan Nasional di kalangan parti komponennya, banyak perkara yang nampaknya mereka tidak senada dalam beberapa perkara.
Contoh paling jelas berhubung pendirian Pas mengenai jawatan Perdana Menteri dan timbalannya yang tidak dipersetujui oleh Dap dan PKR, ini membuktikan mereka masih mempunyai permasalahan dalaman.
Menurutnya, jika permasalahan itu tidak diselesaikan segera, berkemungkinan berlaku pertembungan di kalangan sesama sendiri terutama membabitkan Pas dan PKR kerana mempunyai corak sokongan yang hampir sama iaitu di kawasan pengundi yang bermajoriti Melayu.
Dalam hal ini, yang mendapat 'mileage' adalah DAP kerana tidak perlu berebut kawasan, dan jika masalah antara Pas dan PKR tidak diselesaikan segera, berkemungkinan parti-parti terbabit akan bertanding bersendirian.
Sudah semestinya pasti kawasan pengundi Melayu bakal menjadi rebutan di kalangan Pas dan PKR, kedua-duanya diperhatikan mempunyai pengaruh di kawasan yang sama dan sukar untuk menentukan siapakah yang layak bertanding.
Jumlah kerusi yang dipertandingan amat penting kepada kedua-dua parti itu dalam membuktikan pengaruh masing-masing dan merebut jawatan jika berjaya menewaskan Barisan Nasional pada pilihan raya umum nanti.
No comments:
Post a Comment