PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Friday, September 30, 2011

PAS: Muzakarah sistem perundangan Islam atau menutup 'menutup' keaiban

Apa lagi sebenarnya yang ingin dimanipulasi oleh pimpinan PAS berhubung berhubung sistem perundangan Islam atau lebih spesifiknya Hudud jika masih tidak istiqamah dalam membuat keputusan. Dakwaan PAS bahawa muzakarah itu bertujuan untuk meleraikan beberapa kekeliruan umat Islam tentang cadangan perlaksanaan undang-undang Islam sebenarya telah 'terkubur' akibat disergah oleh rakan pakatan mereka DAP yang sememangnya anti Islam.


Jika dikaji secara teliti, cadangan yang dikemukakan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat Tuan Ibrahim Tuan Man ini tidak lain dan tidak bukan hanya untuk menutup 'keaiban' mereka (PAS) yang sekali lagi gagal meraih simpati berhubung isu Hudud.

Umum sudah mengetahui, bahawa Hudud sengaja diperbesarkan oleh pimpinan PAS untuk menutup segala kelemahan pentadbiran mereka yang begitu mengikut telunjuk DAP sehingga menimbulkan kebencian rakyat terhadap parti PAS.

Justeru itu, rakyat hari ini yang sentiasa menjadi pemerhati sedikit sebanyak sudah mendapat jawapan bahawa PAS bukanlah parti yang boleh diharap untuk memperjuangkan Islam sebenar sebaliknya sebuah parti yang berorietasikan agama semata-mata untuk mendapatkan kuasa. Jika benar mereka meletakkan Islam sebagai asas perjuangan, sudah tentu hal-hal yang berkaitan tuntuan Islam seperti Hudud akan diperjuangkan habis-habisan waima mendapat tentangan daripada DAP sekalipun.

Sumber : Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox