PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Monday, September 05, 2011

PAS mengaku terpaksa 'berdebat' untuk mengembalikan sokongan rakyat..!

Akhirnya PAS tersepit dan terpaksa mencari altenatif lain untuk memperbetulkan keadaan dalam isu 'Bukit Kepong' yang akhir-akhir ini menyaksikan parti PAS dibidas begitu hebat oleh semua pihak termasuk pakar sejarah dan NGO's. Semuanya kerana kenyataan bodoh dan buta sejarah yang telah dikeluarkan oleh Mat Sabu yang mendakwa komunis yang menyerang Balai Bukit Kepong sebagai pejuang sebenar dan anggota keselamatan yang bermati-matian mempertahankan Balai Bukit Kepong dari serangan pengganas komunis sebagai talibarut British.

Terbaru, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasarsuddin Hassan Tatawi akan menghantar surat rasmi kepada Ketua PP UMNO Khairy Jamaluddin untuk diadakan program debat berhubung isu tersebut. Kenyataan ini turut dipersetujui oleh Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Ketua Penerangan PAS Pusat yang mana bersetuju untuk diadakan debat kononnya bagi memperbetulkan fakta sebenar. Semuanya gara-gara kenyataan Mat Sabu yang disifatkan, terlebih pakar dalam sejarah tanahair sehinggga kenyataannya telah mengundang kemarahan banyak pihak terutama sekali pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Mungkin selepas ini, pengikut PAS boleh menggelarkan Mat Sabu dengan panggilan "Prof Datuk Dr Mohamad bin Sabu" yang merupakan pakar sejarah mengalahkan Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.

Kenyataan Mat Sabu yang menggelarkan pengganas komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai 'wira negara' diibaratkan kepimpinan PAS sebagai 'kudis berbisa' yang perlu diubati segera. PAS sudah diketahui umum sentiasa dengan propaganda mereka itu berdebat semata-mata untuk menutup malu disebabkan kebodohan pemimpin mereka sendiri. Tambahan pula, ianya dikeluarkan oleh seorang yang berjawatan Timbalan Presiden.


PAS mendakwa debat ini akan 'membedah' segala fakta sebenar yang tidak dicatit dalam buku sejarah yang kononnya ditutup oleh kerajaan kerana pada waktu itu negara masih dalam pentadbiran British. Walhal, rakyat yang sudah berilmu dan faham sejarah sudahpun mengetahui cerita sebenar tentang peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong yang menjadi igauan ngeri kepada keluarga anggota keselamatan yang masih hidup sehingga hari ini.

Itulah parti PAS yang sentiasa mencari jalan untuk menutup kelemahan pemimpin-pemimpin mereka dengan pentas debat. Matlamatnya satu, bahawa debat adalah satu-satunya jalan pintas untuk memperbaiki 'kejahilan' mereka dalam apa jua perkara sekalipun. Yang jelas isu ini memberi kelebihan kepada kerajaan untuk memperbaiki momentum sokongan rakyat yang semakin hari jemu dengan penipuan yang dicanang oleh pemimpin-pemimpin pembangkang.

"Dewan Pemuda PAS Pusat menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan Pergerakan Pemuda Umno berhubung sejarah tragedi Bukit Kepong yang menjadi kontroversi ketika ini."

Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, pihaknya akan menghantar surat jemputan rasmi kepada pemuda Umno dalam masa terdekat berhubung perkara itu.

"Dewan Pemuda PAS Malaysia bersedia pada bila-bila masa untuk menyertai debat ilmiah dengan Pergerakan Pemuda Umno demi sebuah kebenaran dan masa depan yang diasaskan oleh pembacaan sejarah yang betul dan benar.

"Insyaallah, Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menghantar surat rasminya kepada pergerakan Pemuda Umno dalam masa terdekat," katanya.

Tambahnya, debat tersebut bukan bertujuan untuk mencetus persengketaan, tetapi bermaksud membedah sejarah, mencari ketulenan peristiwa yang pernah berlaku dalam sejarah kemerdekaan negara tercinta.

"Saya mengharapkan Pergerakan Pemuda Umno sedia menerima pelawaan kami," katanya lagi

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox