PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

PAUTAN TERKINI

Sunday, September 25, 2011

Husam Musa turut menyanggah cadangan Nik Aziz melalui blogger suruhan 'Al Bakistani'

Percanggahan pendapat antara Nik Aziz dengan Karpal Singh mengenai cadangan perlaksanaan Hukum Hudud kini telah diberi perhatian oleh blogger suruhan Husam Musa iaitu Al Bakistani. Memang benar, Husam Musa tidak sependapat dengan Nik Aziz mengenai cadangan melaksanakan Hudud dan kenyataannya disampaikan melalui blog suruhannya iaitu Al Bakistani.


Mengikut penulis blog Al Bakistani, Malaysia adalah sebuah negara demokrasi bukannya negara yang diperintah secara monarki. Apa jua keputusan dan dasar yang ingin dilaksanakan perlu mendapat sokongan suara majoriti bukannya berdasarkan idea peribadi semata-mata.

Tambahnya lagi, sikap gopoh gapah (Nik Aziz) dalam menyuarakan cadangan dan pandangan khususnya berkenaan Hudud mungkin tidak akan tercapai sebaliknya akan menemui kegagalan. Hudud merupakan undang-undang Allah dan tidak boleh sewenang-wenangnya diguna bagi tujuan mendapat kuasa semata-mata sebaliknya perlu diteliti mengikut iklim politik di sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, perlu mendapat persetujuan dari semua kaum terlebih dahulu sebelum ianya dilaksanakan.

Petikan dari blogger Al Bakistani..

Malaysia ini bukan Negara monarki, tetapi Negara demokrasi. Dalam demokrasi, perlaksanaan sesuatu undang-undang atau dasar, tertakluk kepada suara majority. Tanpa mendapat sokongan ramai, ia melahirkan penolakan. Makanya, kebaikan yang diimpi, tetapi keburukan yang tercapai.

Kita tidak boleh sekadar berharap sesuatu impian yang baik itu sekadar tercapai. Tetapi, lebih dari itu adalah, impian yang baik itu kekal diamalkan. Inilah tuntutan agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Melaksanakan hukuman potong tangan terhadap pencuri adalah satu keadilan. Tetapi, memotong tangan pencuri yang mencuri di kala tiada makanan, dan sang pencuri mencuri itu pula dalam keadaan terpaksa, maka tindakan memotong tangan pencuri itu merupakan kezaliman. Ekoran itu, Saidina Umar menangguhkan perlaksanaan salah satu hukuman hudud tersebut.

Di Malaysia, hukuman Hudud sudah menjadi buah mulut. Sejak 20 tahun dahulu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah melontarkan idea ini, dan diteruskan usaha ini dalam kerajaan PAS di Terengganu dahulu.

Namun, kelemahannya adalah dari sudut penerangan kepada rakyat. lebih-lebih lagi, propaganda UMNO/BN agak kuat menyebabkan hudud yang baik berjaya diburukkan oleh UMNO/BN. Makanya, kerajaan PAS yang mempunyai hasrat yang baik, tidak berjaya melaksanakan hasrat itu, malahan kalah dalam PRU selepas itu.

Dilemma tidak memahami kebaikan hudud, melahirkan problem yang cukup besar. Jika yang tidak memahami itu sebilangan kecil rakyat, ia tidak memberi kesan yang buruk, tetapi jika majority rakyat tidak memahaminya, perlaksanaan hudud melahirkan kesan yang amat bahaya. Dibimbangi, hudud yang baik itu bakal dilihat buruk oleh masyarakat. Jadi, ia tidak sepatutnya berlaku sama sekali.

Tidak ada faedahnya hudud hanya berjaya dilaksanakan dalam jangka 5 tahun sahaja, tetapi selepas itu hudud dibuang oleh rakyat jauh ke laut. Tetapi yang paling baik adalah, hudud dilengahkan selama 5 tahun, tetapi selepas 5 tahun hudud itu diterima rakyat, dan berjaya dilaksanakan. Perlaksanaan itu berterusan sehingga bumi ini dibinasakan oleh Allah.

No comments:

Post a Comment

Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox