PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

PAUTAN TERKINI

Wednesday, September 21, 2011

Hantu Boceng : Walaupun lakonan tetap salah dari segi hukum

Soal akidah bukanlah sesuatu perkara yang boleh dipandang ringan walaupun lakonan. Hakikatnya apabila melibatkan soal hukum ianya perlu diberi perhatian kerana jika tersilap, akidah kita akan lari. Justeru, dalam hal ini sewajarnya pengarah filem Ahmad Ihdam jangan mudah melenting kerana teguran ini bukan bahan gurauan tetapi bertujuan memperbetulkan kesilapan.

Berikutan itu, Zizan Raja Lawak bertindak memohon maaf di atas ketelanjurannya mengucapkan dialog yang menghina Nabi Muhammad S.A.W dalam filem Hantu Bonceng yang dibintanginya.

Twitter Ahmad Idham
Pengarah Filem berkenaan, Ahmad Idham pula sebaliknya masih mempertahankan bahawa dialog tersebut bukanlah satu kesalahan kerana filem itu katanya turut ditonton empat ulama sebelum ia disiarkan kepada umum. Beliau bagaimanapun belum lagi menamakan siapa keempat-empat ulama itu.

Ahmad melalui Twitter juga marah dengan segelintir peminat yang katanya tidak beradab dalam memberikan teguran mengenai isu tersebut. Sementara itu, pernyataan maaf Zizan kepada semua masyarakat Islam di negara ini juga dibuat melalui laman Twitter miliknya semalam.

“ Sy(saya) paham, apa yang salah, salah jugak(juga), tapi pasal hina islam mmg(memang) jauh dari otak pkiran(fikiran) sy(saya) la..xde(tiada) lgsung(langsung) terniat. Ini adalah Agama dan Rasul sy(saya). Maaf sekiranya saya silap,” katanya.

Zizan menambah, tidak pernah terdetik pun difikirannya untuk menghina Rasulullah S.A.W.

Filem Hantu Bonceng yang sebelum ini mendapat pujian atas kejayaan mengumpul kutipan tiket mencecah RM8 juta dalam masa dua minggu ia ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Namun, ia mula dikritik banyak pihak apabila dikesan mempunyai bahagian lakonan yang menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Ia dapat dilihat pada bahagian di mana pelakon utamanya, Zizan Razak sedang menerima rawatan di hospital dan mula menjerit bila ditegur rakannya.

No comments:

Post a Comment

Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox