PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Friday, July 29, 2011

Sikap egois Rajagopal akhirnya membawa padah...!

Amat malang buat pasukan bola sepak negara kita yang terpaksa akur dengan kebijakan dan kekemasan mutu permainan pasukan bola sepak Singapura walaupun berjaya mengikat keputusan seria 1-1. Banyak yang perlu pelajari daripada corak permainan yang ditunjukkan oleh pemain-pemian Singapura yang sememangnya tidak mampu untuk ditandingi oleh pasukan Malaysia. Kita perlu menerima hakikat bahawa kekalahan ini banyak berpunca daripada beberapa kelemahan pasukan Malaysia.

Pertama sekali, paling ketara ditujukan kepada jurulatih Malaysia Rajagopal yang seolah-olah tidak mengendahkan pendapat sebilangan pengkritik bola sepak terutama sekali dalam memperkemaskan benteng pertahanan pasukan Malaysia. Mungkin sikap egois beliau yang langsung tidak merombak sepenuhnya barisan pertahanan negara telah mengundang padah pada malam ini.

Percaturan beliau memasukkan fatri Sakrani cukup jelas membuktikan bahawa Rajagopal masih kurang profesional dalam membuat penilaian. Sedangkan masih ada dua pemain lagi seperti Badrul Bakhtiar dan Ashari Shamsudin yang boleh disandarkan harapan untuk menembusi kubu pertahanan Singapura yang begitu kebal untuk ditembusi.

Begitu juga gandingan antara Safeei Sali dengan Hadi Yahya di barisan hadapan (serangan) begitu longlai untuk mendapat sentuhan berbisa meledakkan gol awal perlawanan. Saya melihat kedua-dua pemain ini tidak serasi dan kurang kesefahaman untuk melakukan sesuatu yang luar biasa di hadapan pintu gol Singapura.

Memang benar apa yang diperkatakan oleh jurulatih Taiwan sebelum ini bahawa corak permainan pasukan Malaysia tidak sehebat pasukan Singapura. Rajagopal perlu akur dengan kenyataan ini kerana telah dibuktikan melalui kedua-dua perlawanan yang menyebabkan pasukan negara kita hampa untuk melangkah setapak lagi ke pusingan ke-3 iaitu peringkat kumpulan.

Sepanjang 90 minit perlawanan, kita disajikan dengan mutu permainan yang begitu lemah dan langsung tidak ada gerakan-gerakan menarik untuk mencipta jaringan awal pada separuh masa pertama.

Pun begitu, tidak kesemua pemain kita perlu dipersalahkan kerana pasukan pasukan kita masih berjaya mengikat Singapura dengan kedudukan seri. Itupun hasil kecemerlangan penjaga gol kontroversi Khairul Fahmi yang sekurang-kurangnya menyelematkan tiga gol yang mengecewakan Singapura pada awal perlawanan separuh masa pertama.

Jika tidak dari awal lagi pasukan Malaysia sudah ketinggalan kepada Singapura. Justeru, kritikan ini perlu diterima dengan hati terbuka demi meningkatkan lagi martabat pasukan Malaysia di persada dunia khususnya di peringkat Asia. Perlu diingat bahawa jurulatih hanya mempunyai satu otak berbanding dengan majoriti yang memberi kritikan untuk mengatur corak perlawanan yang berkesan. Jurulatih perlu fokus kepada kombinasi pemain-pemainnya dan bukan bersikap 'double standard' untuk menentukan siapa yang layak diturunkan bermain.

Jika terbukti pemain yang diturunkan itu tidak efektif, kenapa perlu dimasukkan semula dalam kesebelasan utama. Sedangkan masih ramai yang mampu memberi persembahan terbaik yang boleh dibaggakan. Apa yang berlaku, sedikit sebanyak memberi pengajaran berguna kepada Rajagopal untuk merombak semula kaedah percaturan pemain.

Apapun syabas buat pasukan Malaysia kerana berjaya memberi tentangan sengit dan menyekat keegoian Singapura untuk mendapat kemenangan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. Teruskan perjuangan anda untuk meletakkan nama Malaysia di persada dunia melalui sukan bola sepak. AJ

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox