PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Friday, July 01, 2011

Penganjur Bersih semakin terdesak sehingga menyeru campurtangan YDP Agong..!

Nampak gaya pembangkang semakin terdesak mengenai pengajuran Bersih 2 berikutan kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Prof Aziz Bari yang menyeru supaya Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong masuk campur. Katanya, Yang di-Pertuan Agong mempunyai tanggungjawab untuk campurtangan demi kepentingan rakyat memandangkan pencabulan hak perlembagaan dalam penganjuran BERSIH 2.0. Baca selanjutnya .>>>> DISINI

Kenyataan ini terpaksa dibuat memandangkan penganjuran perhimpunan haram bersih 2 semakin hari mendapat tentangan yang kuat dari pelbagai pihak di pelusuk negeri. Boleh dikatakan setiap hari ada saja laporan polis dibuat di seluruh negara oleh NGO's mengutuk penganjuran perhimpunan haram ini.

Begitu juga dengan tindakan drastik pihak polis yang mula mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menonjolkan perhimpunan haram berkenaan. Ini termasuklah, menghentikan mana-mana ceramah yang menyentuh dan menghasut rakyat supaya hadir ke perhimpunan tersebut. Begitu juga, mereka yang cuba menonjolkan diri dengan lambang yang tertera Bersih 2.0.

Justeru itu, tidak ada jalan lain untuk mereka meneruskan agenda menyusahkan rakyat pada 9 Jul 2011 kecuali mengheret Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong kononnya apa yang berlaku hari ini merupakan satu pencabulan ke atas Hak Perlembagaan.

Kepada Prof Aziz Bari, sesungguhnya anda tidak menggunakan sepenuhnya ilmu yang ada pada diri anda untuk majoriti rakyat dan hanya berfikir untuk satu kelompok yang selairan dengan anda sahaja. Adakah anda sengaja memejam mata bahawa Perhimpunan Bersih 2 kali ini mendapat tentangan yang kuat dari pelbagai pihak? Jangan terlalu membela sesuatu parti, maka fakta ini diletakkan ketepi bagi meraih simpati Ketua Negara?

Sesungguhnya, rengungkanlah titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ini sempena hari Keputeraan Baginda yang lalu untuk difahami dengan jelas dan tidak hanya berfikir di luar kotak walaupun anda bergelar Profesor....

"Baginda dalam titah ucapan sempena ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong esok, bertitah bahawa rakyat negara ini telah sama-sama membuktikan bahawa walaupun berbeza agama, budaya dan cara hidup, mereka masih dapat tinggal bersama dalam keadaan aman sentosa dan saling menghormati.

Namun, titah baginda, masih ada pihak yang cuba mengganggu-gugat ketenteraman dengan membangkitkan isu-isu sensitif bagi agenda peribadi mereka.

"Beta yakin, rakyat Beta yang cintakan perpaduan tidak akan mudah terpengaruh dengan hasutan ini dan Beta mahu rakyat Malaysia mengekalkan perpaduan ini demi kesejahteraan tanah air yang tercinta ini," titah baginda dalam ucapan yang disiarkan secara langsung menerusi Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

"Keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi pada hari ini bukanlah datang bergolek malah hanya dapat dikekalkan dengan perpaduan dan kerjasama di antara semua warga tanpa mengira kaum dan agama," titah baginda.

Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa syukur kerana untuk tempoh setahun yang lalu, Malaysia terus berada dalam keadaan aman dan sentosa tanpa huru-hara yang mengganggu-gugat kesejahteraan rakyat.
Selanjutnya baca...>>>> DISNI

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox